Jom cuba resepi ikan siakap pedas ini. Makan tengah hari dengan ikan siakap masak pedas. Bangkit selera makan, pedasnya mampu membuat mandi keringat.

Makan ikan siakap masak pedas dengan nasi putih panas. Gandingkan dengan sayur-sayuran. Terasa makin lazat dan nyaman. Perut kenyang hati gembira.

Masakan ini kaedahnya ikan siakap digoreng terlebih dahulu. Kemudian kuah pedas cili api disiramkan ke atasnya. Sedap sungguh mampu melelehkan air liur.

Tanpa tunggu lama, jom lihat resepi ikan siakap masak pedas yang dikongsikan oleh MadamCt Suratman di laman Facebook. Selamat menghidang.

Resepi Ikan Siakap Masak Pedas

ikan siakap masak pedas Imej via Facebook

Bahan-bahan :

  • Ikan siakap (digaul dengan tepung beras, garam, kunyit dan digoreng garing),
  • 1 biji tomato,
  • 1-2 batang serai,
  • 1 biji bawang Holland @ bawang besar,
  • 3 biji bawang putih,
  • 1 inch halia,
  • 5-7biji cili api (terpulang mahu berapa bergantung pada tahap kepedasan yang anda mahu),
    Bahan di atas diracik halus.
  • 1 sudu besar sos tomato,
  • 1 sudu besar sos tiram,
  • 1 sudu besar sos ikan,
  • ½ sudu besar kicap cair,
  • ½ sudu besar kicap [email protected] ABC,
  • Sedikit cuka,
  • Daun limau purut 2 helai.

Cara-cara :

  1. Tumis bahan yang diracik halus kemudian masukkan bahan-bahan sos.
  2. Letakkan sedikit air kalau suka berkuah.
  3. Tunggu kuah pekat sedikit, baru rasa. Kalau kurang masin or manis boleh letak gula dan garam.
  4. Gaul sekejap, tutup api dan tuangkan kuah ke atas ikan siakap yang telah digoreng.
  5. Siap.

Resepi Menarik Lain

Selain resepi ikan siakap masak pedas , kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya.

Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa like dan share resepi ini ya.

Penulis: Jejemiko

Jejemiko

Pelajar yang menyukai kartun dan muzik. Memiliki hobi menulis mendorong ia untuk berkarya dan berkongsi di Bidadari.my

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.