Sedapnya kalau hujung minggu nih dapat makan Ikan Siakap Tiga Rasa Ala Thai. Tapi nak makan kat kedai pun belum gaji lah pula. Kalau makan berdua bolehlah tahan lagi. Tapi kalau dah ramai-ramai, memang kena makan kat rumah jela. Tapi jangan risau, tetap boleh makan ikan siakap tiga rasa ala thai nih. Hanya perlu cari bahan-bahannya dan cuba resepi mudah yang dikongsi oleh Maisara Nasir di Facebook. Resepi ini mendapat sambutan dan perkongsian dari orang ramai. Pasti menjadi. Apa lagi ? jom mencubanya.

Resepi Ikan Siakap Tiga Rasa

Image via Facebook

Bahan-bahan:

– Ikan siakap (lumur garam, kunyit dan tepung jagung)

Bahan Tumis

-1 biji bawang besar @ Holland (hiris dadu)
-3 ulas bawang putih (cincang halus)
-1 inci halia (ketuk)
-setengah batang serai (hiris halus)

Bahan Sos

– 2 senduk kecil cili kering kisar
– 3 sudu sos cili thai
– 3 sudu sos cili 
– 2 sudu sos tomato 
– 2 sudu sos ikan 
-1 sudu sos tiram

Bahan Tambahan

– Lobak merah (potong dadu)
– Nenas (potong dadu)
– 1biji tomato (potong dadu) 
– 5-10 biji cili padi (potong halus)
– 1 biji cili merah besar (potong halus@dadu)
– Sedikit air (untuk kuah)
– 1 kiub pati ayam 
-secukup rasa Maggie
-daun ketumbar (hiris halus)
-daun limau purut (hiris halus & buang tulang) 
-daun salad

Cara-cara penyediaannya:

1.Goreng ikan sehingga garing, ketepikan.
2.Panaskan minyak, tumis bahan hiris sehingga naik bau.
3.Masukkan cili kisar dan semua jenis sos, masak sehingga mendidih.
4.Tambah sedikit air, masukkan pula kiub pati ayam dan secukup rasa Maggie. Kacau-kacau sehingga sebati baru masukkan sayur, nenas yang dipotong dadu tadi.
5. Taburkan daun limau purut dan daun ketumbar, siap.

Selain resepi Resepi Ikan Siakap Tiga Rasa Ala Thai ini, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Oh ya, jangan lupa share dan like resepi ini ya. Terima kasih.

Penulis: Dhiaa Syamimi

Insan biasa yang berpegang kepada ilmu yang dikongsi itu takkan pernah berkurang malahan mungkin bertambah lagi. Semoga dengan sedikit coretan perkongsian di bidadari.my memberi manfaat untuk semua yang memerlukan. Sharing is caring guys :)

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.