Kalau anda menginginkan sesuatu yang ekonominya jimat, disini kami sediakan sebuah hidangan khas buat anda. Resepi ini lazat, mengenyangkan dan mudah untuk dihidangkan.

Kali ini kami bawakan resepi ikan sardin masak lemak cili api. resepi ini hanya menggunakan ikan sardin didalam tin. Unik kan? Selalunya kita hanya memasaknya dalam satu juadah sahaja tapi kini kita boleh mempelbagaikan juadah itu.

Resepi ini telah dikongsikan oleh Atiqah Sulaiman dan telah mendapat banyak perkongsian di media sosial. Jom kita lihat!

Resepi Ikan Sardin Masak Lemak Cili Api

sardin
image via Facebook

Bahan – bahan masakan:

Bahan kisar:

  • Sebiji bawang merah
  • 5 ulas bawang putih
  • Kunyit Hidup
  • Cili api

Bahan – bahan lain:

  • Kentang
  • Sayur kacang panjang
  • Serai ketuk
  • Santan

Langkah – langkah memasak:

  1. Kisarkan kesemua bahan kisar.
  2. Letakkan air seperti biasa di dalam kuali, kemudian, letakkan bahan kisaran.
  3. Letakkan kentang dan tunggu sampai empuk.
  4. Masukkan santan, letakkan garam dan perencah sesedap rasa.
  5. Masukkan ikan sardine beserta sosnya sekali.
  6. Masukkan sayur kacang, tunggu seminit dua dan tutup api.
  7. Siap!

Resepi – resepi lain yang menarik:

Mudah kan resepi ini? Selain daripada resepi ini, ada lagi beberapa resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa untuk kongsikan resepi ini bersama yang tersayang ya.

Penulis: Nur Dini Abd Aziz

Nur Dini Abd Aziz

Seorang mahasiswa universiti awam. Rajin berkongsi artikel lazimnya resepi di Bidadari.My

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.