Teringin hendak makan ikan percik? Mari masak ikan percik dengan resepi perkongsian oleh ‎Mazliza Ahmad di Facebook.

Biasanya tiap kali ramadhan, mesti ikan percik ini akan sangat laku. Memang tiap kali berbuka inilah lauknya sebulan tanpa jemu.

Ikan percik ini sedap dimakan dengan nasi panas-panas. Hidangan ini sangat laku pada bulan ramadhan. Maka jika anda ingin menghidangkan makanan yang sedap untuk berbuka boleh cuba masak ikan percik.

Selain untuk hidangan bulan ramadhan, ikan percik juga boleh dihidangkan untuk acara kenduri. Untuk anda yang ingin niaga ikan percik, sila tengok resepi ini.

Resepi Ikan Percik

ikan percik

Imej via Facebook

Bahan-bahan :

  • 5 ekor ikan kembung (bersihkan, kelar dan bakar),
  • 10 tangkai cili kering (gunting dan rendam dengan air panas @ rebus) *,
  • 1 biji bawang besar *,
  • 1 inci halia *,
  • Sedikit belacan *,
  • 1/2 sudu teh kunyit serbuk *,
  • 1 batang serai,
  • 2 kotak kecik santan (400 ml,
  • 1 keping asam keping,
  • Garam dan perasa,
  • [email protected] sudu gula,

Cara-cara :

  1. Mula-mula blend bahan bertanda *.
  2. Kemudian masukkan santan dalam periuk.
  3. Lalu masukkan bahan blend.
  4. Setelah itu masukkan serai dan asam keping.
  5. Masukkan garam, perasa dan gula.
  6. Didihkan di atas dapur hingga pekat.
  7. Bila sudah siap, curahkan ke atas ikan yang sudah siap bakar.

Tips : Untuk rasa yang lebih power, bila ikan sudah hampir masak lumurkan sedikit kuah di atasnya dan kemudian bakar hingga masak (supaya kuahnya lebih mesra dengan ikan dan bau yang lebih wangi). Bila sudah siap bakar, baru curahkan kuah sebanyak mana yang dikehendaki (tapi kalau tidak buat boleh saja, rasanya tetap sedap).

Resepi Menarik Lain

Selain resepi ikan percik, kami juga menulis resepi sedap dan mudah lainnya yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa share dan like resepi ini ya.

Penulis: Jejemiko

Jejemiko

Pelajar yang menyukai kartun dan muzik. Memiliki hobi menulis mendorong ia untuk berkarya dan berkongsi di Bidadari.my

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.