Kadang – kadang, apa yang anda perlukan dalam sehari adalah makanan yang mudah untuk dimasak. Sekiranya anda mencari resepi sebegitu, resepi yang kami bawakan kali ini amat sesuai untuk anda.

Hari ini kami bawakan resepi ikan pari rebus bersama sos istimewa yang amat enak, mudah dan cepat untuk disediakan. Resepi ini juga sesuai untuk para amatur sediakan kerana pasti akan menjadi. Selain itu, bagi mereka yang sedang berdiet, resepi ini juga sesuai untuk anda.

Resepi ini telah dikongsikan oleh Dtn Seri Nor dan telah mendapat komen positif di laman Facebook milik beliau. Jom kita tengok!

Resepi Ikan Pari Rebus

image via Facebook

Bahan – bahan:

  • Ikan pari
  • Kunyit
  • Garam
  • Asam Jawa

Bahan sos:

  • Cili api 10 biji
  • Cili besar 5 biji
  • Kerisik 4 sudu besar
  • Bawang besar 3 biji
  • Limau kasturi 4 biji
  • Belacan
  • Santan atau susu cair
  • Gula
  • Garam
  • Serbuk perasa

Cara – cara memasak:

  1. Ikan pari direbus bersama kunyit, garam dan asam jawa.
  2. Cili api, belacan, gula, garam dan serbuk perasa dikisar bersama santan.
  3. Kemudian, gaulkan dengan kerisik.
  4. Perahkan limau kasturi dan masukkan bawang besar dan sedia untuk dihidangkan.

Resepi – resepi lain yang anda boleh cuba!

Mudah kan resepi ini? Jangan risau, ada pelbagai lagi resepi yang kami sertakan di bawah dan anda boleh cuba. Oh, dan jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini!

Penulis: Nur Dini Abd Aziz

Nur Dini Abd Aziz

Seorang mahasiswa universiti awam. Rajin berkongsi artikel lazimnya resepi di Bidadari.My

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.