Sudahkan anda makan tengah hari ini? Resepi ikan kembung berlada, lauk ini ada peminatnya sendiri. Cukup untuk makan tengah hari dengan ikan kembung berlada, tak perlu menu lain.

Resepi ini bagi kami mudah. Jom kita lihat resepi sedap yang telah dikongsikan oleh Tengku RosElyza Raja Muhammad di laman Facebook. Resepi mudah yang boleh dicubakan oleh suri rumah.

Ikan kembung digoreng kemudian digaul sambal, sedap dimakan bersama nasi putih. Gandingkan dengan sayur dan ulam, makin sedap makan.

Jom masakkan ikan kembung berlada untuk keluarga hari ini. Gerenti semua suka dan makan boleh bertambah. Selamat mencuba. Melihat gamabr sudahpun menggugat iman.

Resepi Ikan Kembung Berlada

Imej via Facebook

Bahan-bahan :

  • 5-6 ekor ikan kembung (dgoreng dulu),
  • 1 senduk besar cili kisar,
  • 10 biji cili padi hijau (kisar),
    3 biji cili merah hidup (kisar),
  • 2 labu bawang merah besar (kisar),
  • 4 ulas bawang putih (kisar),
  • 1-2 batang serai diketuk,
  • Asam keping,
  • Gula dan garam secukup rasa,
  • ½ cawan air.

Cara-cara :

  1. Mula-mula tumis bawang sampai kekuningan dan naik bau.
  2. Kemudian masukkan bahan kisar; cili padi, cili merah dan cili kisar. Tumis sampai sambal pecah minyak.
  3. Masukkan serai dan asam keping. Tumis lagi sampai mesra.
  4. Masukkan garam dan gula secukup rasa. (Tambah air jika perlu sahaja, itu pun kalau sambal terlalu pekat).
  5. Masukkan bawang hiris.
  6. Masukkan ikan goreng.
  7. Siap.

Resepi Menarik Lain

Selain resepi ikan kembung berlada, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa like dan share resepi ini ya.

Penulis: Jeje

Jeje

Pelajar yang menyukai kartun dan muzik. Memiliki hobi menulis mendorong ia untuk berkarya dan berkongsi di Bidadari.my

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.