Sup kepala ikan jenahak sedia untuk dihidangkan sebagai makan tengah hari ini. Adakah yang tercari resepi sup kepala ikan jenahak?

Pada perkongsian kali ini kami akan bentangkan cara-cara masak sup kepala ikan jenahak yang menggairahkan. Resepi ini dikongsikan oleh Bahiah Saripuddin di laman Facebook. Sup kepala ikan jenahak sedap dimakan dengan nasi putih. Sesuai pula untuk orang yang demam atau tengah berpantang.

Ramai orang yang suka makan kepala ikan sebenarnya. Daging ikan yang lembut dan tulang lunak ikan yang terdapat di kepala ikan amatlah sedap dihisap macam mengudap. Apalagi hirup kuah supnya, makin menggoda selera lagi ada.

Resepi Sup Kepala Ikan Jenahak

Imej via Facebook

Bahan-bahan :

  • 1 kepala ikan jenahak,
  • 1 peket sup ikan adabi,
  • 3 biji bawang merah ditumbuk,
  • 3 ulas bawang putih ditumbuk,
  • ½ inci halia,
  • 1 biji bawang besar dipotong dadu,
  • ½ batang lobak merah,
  • 4 biji cili hijau diketuk,
  • 2 cawan air putih,
  • Sedikit garam dan gula,
  • Minyak untuk menumis.

Cara-cara :

  1. Tumbuk bawang putih, bawang merah dan halia. Tumiskan sehingga garing dan kekuningan.
  2. Kemudian tambahkan air putih dan masukkan rempah sup ikan adabi.
  3. Biarkan ia mendidih baru masukkan kepala ikan. Biarkan lagi sehingga ikan hampir masak.
  4. Tambah bahan perasa iaitu gula dan garam. Kacau sebati dan boleh masukkan bahan hiasan lain.
  5. Tunggu sehingga ikan masak dan siap untuk dihidangkan.

Resepi Menarik Lain

Selain resepi sup kepala ikan jenahak, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa like dan share resepi ini ya.

Penulis: Jejemiko

Jejemiko

Pelajar yang menyukai kartun dan muzik. Memiliki hobi menulis mendorong ia untuk berkarya dan berkongsi di Bidadari.my

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.