Ada suami-suami yang nak memasak untuk isteri? Nak masak yang mudah-mudah? Bolehlah cuba masakkan ikan cencaru bakar untuk isteri kesayangan anda. Pasti yang tersayang terharu tak terkata. Silap-silap boleh dapat reward nanti. Isteri senang dan bahagia, suami pun tenang gembira.

Ikan cencaru bakar nih tak susah mana pun nak memasaknya. Tambah-tambah sekarang dah ada ketuhar dan pemanggang ajaib. Tak payah susah-susah-susah nak cari sabut dan ranting kayu untuk dijadikan arang. Hanya perlu sediakan ikan cencaru dan bahan-bahan inti untuk dimasukkan ke bahagian perut ikannya. Selepas itu, dah boleh bakar dan siap sedia untuk dihidang. Makan bersama nasi putih yang panas. Dari mood merah boleh bertukar mood hijau ok.

Bolehlah mencuba resepi dari Anas Syauqi. Semoga ianya boleh membantu para suami dalam mencari idea untuk mempelbagaikan juadah untuk menyenangkan hati si isteri. Jom layan resepi yang mendapat perkongsian ramai di laman facebook ini. Pasti tak menyesal.

Resepi Ikan Cencaru Bakar

Resepi Ikan Cencaru Bakar
Imej via mStar

Bahan-bahannya:

  • Ikan cencaru besar
  • Bawang
  • Cili
  • Perencah ikan bakar adabi
  • Air asam jawa
  • Sedikit gula
  • Garam kunyit

Cara-caranya:

Resepi Ikan Cencaru Bakar
Imej via Facebook
  • Penyediaan intinya dimulai dengan menumbuk bawang bersama cili.
  • Setelah siap ditumbuk, masukkan ke dalam mangkuk.
  • Kemudian masukkanperencah ikan bakar adabi, sedikit gula, garam dan air asam bersama-sama bahan yang ditumbuk tadi. Kuantiti mengikut rasa yang dikehendaki.
  • Masukkan inti yang telah siap sedia tadi ke dalam ikan cencaru yang telah siap dicuci.
  • Salutkan bahagian luaran ikan dengan garam kunyit.
  • Akhir sekali, bakar ikan tersebut samada dalam ketuhar (suhu atas bawah- 180 C selam 30 minit) atau pemanggang ajaib atau bakar dengan arang.

Senang dan mudahkan? Sebenarnya kalau tak nak bakar, boleh sahaja nak gorengnya. Cumanya jangan gunakan minyak yang banyak. Rupanya masih sama seperti bakar. Jangan lupa share resepi ini dengan yang lain. Sharing is caring. Oh ya, selain daripada resepi Ikan Cencaru Bakar ini, kami juga menulis resepi yang lain. Jemput membaca dan mencuba.

Penulis: SyaMimi

SyaMimi

Insan biasa yang berpegang kepada ilmu yang dikongsi itu takkan pernah berkurang malahan mungkin bertambah lagi. Semoga dengan sedikit coretan perkongsian di bidadari.my memberi manfaat untuk semua yang memerlukan. Sharing is caring guys :)

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.