Ada sebahagian orang yang suka dan tidak suka makan hati ayam. Namun begitu hati ayam juga kaya akan nutrien dan mineral.

Pada perkongsian ini kami menuliskan resepi hati ayam goreng pedal dan kacang panjang yang mudah. Bahan lain yang diperlukan dalam resepi ini ialah hati dan pedal dan kacang panjang. Hati dan pedal digoreng dulu baru kemudian ditumis bersama kacang panjang.

Tumis menggunakan cili padi, lagi menggigit rasanya. Hidangan ini sedap dimakan bersama nasi putih. Ada juga yang menjadikan hidangan ini sebagai ganingan kepada lauk lain.

Maka itu anda yang inginkan resepi hati pedal sila tengok pada perkongsian di bawah ini. Resepi daripada Miya Aira‎ di laman Facebook.

Resepi Hati Pedal Goreng Kacang Panjang

hati pedal kacang goreng

Imej via Facebook

Bahan-bahan :

  • Kacang panjang, (potong serong)
  • Pedal dan hati ayam,
  • Sebijik bawang Holland, (potong bulat)
  • 3 ulas bawang putih (hiris),
  • Cili padi (hiris), (kuantiti terpulang)

Cara -cara :

  1. Lumur pedal hati dengan garam kunyit. Goreng hingga masak atau garing. Angkat dan ketepikan.
  2. Guna minyak goreng pedal hati tadi tapi kurangkan sedikit untuk tumis bawang dan cili hingga layu.
  3. Masukkan kacang panjang, pedal hati yang telah digoreng tadi.
  4. Masukkan sedikit garam serbuk perasa.
  5. Tambah sedikit kicap. Gaul rata.
  6. Bila kacang panjang sudah layu boleh tutup api.

Resepi Menarik Lain

Selain resepi kacang panjang goreng pedal hati, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya.

Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa like dan share resepi ini ya.

Penulis: Jejemiko

Jejemiko

Pelajar yang menyukai kartun dan muzik. Memiliki hobi menulis mendorong ia untuk berkarya dan berkongsi di Bidadari.my

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.