Jom layan resepi gulai daging lemakhari ini! Kami akan kongsikan resepi gulai daging campur lemak yang sedap.

Ramai orang suka makan lemak daging, sama ada dibuat hidangan berkuah seperti sup dan gulai. Lemak yang lembut dan lunak dalam gulai daging menjadikan gulai lebih terasa likat dan lazat.

Daging campur lemak gulai merupakan hidangan yang tepat untuk dijadikan lauk makan tengah hari dan malam. Makan bersama nasi putih atau nasi impit dan letak keropok. Memang bikin lupa makan pun jadi bertambah.

Sedapnya gulai daging lemak patut dikongsikan, sila cubakan resepi gulai daging yang dikongsikan oleh Masni Bahari di laman Facebook. Sedap dan patut cuba.

Resepi Gulai Daging Campur Lemak

Imej via Facebook

Bahan-bahan :

  • Daging campur lemak,
  • Rempah daging,
  • Kerisik,
  • 4 sekawan,
  • Daun kari,
  • Ubi kentang,
  • Santan,
  • Asam keping,
  • Garam dan serbuk perisa.

Bahan blend :

  • Bawang besar,
  • Bawang putih,
  • Halia,
  • Bahan hiasan :
  • Cabai muda,
  • Tomato.

Cara-cara :

  1. Mula-mula rebus daging lemak dalam periuk atau kuali.
  2. Kemudian tuang bahan blend.
  3. Bubuh rempah kerisik, 4 sekawan dan daun kari.
  4. Bila daging lemak sudah hampir empuk, boleh bubuh ubi, asam keping, santan, garam dan serbuk perisa.
  5. Bila ubi sudah masak, boleh bubuh bahan hiasan.
  6. Tutup api dan siap dihidangkan.

Resepi Menarik Lain

Selain resepi gulai daging lemak, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa like dan share resepi ini ya.

Penulis: Jejemiko

Jejemiko

Pelajar yang menyukai kartun dan muzik. Memiliki hobi menulis mendorong ia untuk berkarya dan berkongsi di Bidadari.my

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.