Siapa suka di sini suka makan getuk ubi goreng?

Getuk ubi merupakan makanan tradisional berasaskan ubi kayu. Rasanya menarik di lidah, ada manis dan masin, perpaduan rasa tradisi yang bikin ketagih.

Cara membuat getuk ubi amat mudah dan simple. Sebelum dilenyek, ubi kayu harus direbus terlebih dulu. Ubi kayu yang telah lenyek kemudian diberi kelapa parut, garam, gula dan sedikit tepung.

Kelazatan makanan tradisi getuk ubi amat terasa apabila diletak kelapa yang banyak sehingga pecah meletup dalam mulut. Jom cubakan resepi getuk ubi daripada Niza Nasir‎‎ di laman Facebook.

Resepi Getuk Ubi Tradisi

getuk ubi

Imej via Facebook

Bahan-bahan :

  • Ubi kayu,
  • Garam,
  • Kelapa parut,
  • Gula,
  • Tepung gandum.

Cara-cara :

  1. Mula-mula rebus ubi kayu sampai lembut.
  2. Kemudian tapis dan lenyekkan. Biar sejuk seketika.
  3. Kemudian masukkan garam sedikit.
  4. Lalu masukkan kelapa ikut sebanyak mana anda suka.
  5. Letak gula dan tepung gandum sedikit.
  6. Gaul sebati hingga boleh dibulat-bulatkan.
  7. Bancuh tepung untuk celup ubi.
  8. Panaskan minyak, celup ubi yang sudah dibulatkan.
  9. Goreng getuk ubi.
  10. Siap.

Resepi Menarik Lain

Selain resepi getuk ubi, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa like dan share resepi ini ya.

Penulis: Rahayu Z

Pelajar yang menyukai kartun dan muzik. Memiliki hobi menulis mendorong ia untuk berkarya dan berkongsi di Bidadari.my

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.