Nak Chocolate Cheesecake yang tak perlu dibakar dan tak menggunakan gelatin? Jom cuba resepi yang dikongsikan oleh Muhammad Ali. Resepi ini diberi nama Ferrero Rocher Chocolate Cheesecake. Pasti meletup punya lah.

Resepi Ferrero Rocher Chocolate Cheesecake

Chocolate Cheesecake

Imej via facebook

Bahan-bahan:

 

Base

  • 80 gram digestive biscuits
  • 4 atau 3 ketul ferrero rocher
  • 40 gram butter yang dah dicairkan

Chocolate Cheesecake

  • 500 gram cream cheese
  • 250 milk chocolate
  • 220 dairy whipping cream
  • 4 ferrero rocher yang dah dihancurkan kecil
  • 2 sudu makan serbuk koko
  • 1 sudu kecil susu pekat manis
  • 2 sudu makan gula icing
  • 1 sudu kecil vanila essen

Chocolate Ganache Teknik Dripping

  • 140 g dark coklat
  • 90 g whipping cream dairy
  • 1 sudu kecil butter

Cara- cara penyediaannya:

 

Base

  1. Hancurkan 80 gram digestive biscuits bersama 4 atau 3 ketul ferrero rocher.
  2. Lepas itu masukkan 40 gram butter yang dah dicairkan.
  3. Gaul sebati dan mampatkan dalam loyang 6 inci.

Chocolate Cheesecake

  1. Masukkan 500 gram cream cheese yg dh dibiarkan pada suhu bilik. Pukul kejap dalam 2 minit then masukkan 250 milk chocolate YANG SUDAH DICAIRKAN AWAL AWAL.
  2. Masukkan 2 sudu makan serbuk koko (Optional)
  3. Masukkan 1 sudu kecil susu pekat manis dan 2 sudu makan gula icing
  4. Akhir sekali masukkan 1 sudu kecil vanila essen.
  5. Pukul sebati semua bahan-bahan ini .
  6. Ketepikan.
  7. Pukul whipping cream sejuk-sejuk sampai kental
  8. Satukan cheese tadi dan whipped cream pakai spatula.
  9. Gaul dalam 30 saat dan masukkan 4 ketul ferrero rocher yang dah dihancurkan dalam adunan . Sambung kaup balik sampai sebati dan hilang putih whipping cream.
  10. Dah sebati masukkan dalam loyang atas lapisan base tadi.
  11. Simpankan dalam peti selama 3 jam.

Chocolate Ganache Teknik Dripping

  1. Cairkan double boil 140g dark coklat dan 90g whipping cream dairy dan 1 sudu kecil butter
  2. Cairkan pakai teknik double boil
  3. Biarkan dalam 15 minit. Gaulkan supaya coklat tak berketul. Bila dah smooth masukkan dalam piping bag

Langkah Akhir

  1. Keluarkan kek dari peti.
  2. Tanggalkan dari loyang.
  3. Kemas sikit2 pakai spatula supaya licin elok sebelum buat dripping ganache
  4. Dripkan dulu tepi-tepi. Drip tu kena kebelakang sikit dari hujung2 kek supaya drip tu jatuh dengan cantik. dah siap drip.
  5. Piping juga pada bahagian atas kek
  6. Simpankan dalam peti selama sejam.

Nota tambahan:

  • Pakai loyang spring form atau loose. Jangan alas baking paper nanti kek jadi tak cantik.
  • Smoothkan tepi-tepi cheesecake pakai spatula atau apa-apa yang boleh smooth supaya kek jadi cantik

Resepi Kek Lain Yang Menarik

Selain resepi Ferrero Rocher Chocolate Cheesecake,

kami juga mempunyai beberapa resepi kek yang mendapat perkongsian ramai di Facebook. Boleh baca dan mencubanya. Jangan lupa share ya. Terima kasih.

Penulis: Dhiaa Syamimi

Dhiaa Syamimi

Insan biasa yang berpegang kepada ilmu yang dikongsi itu takkan pernah berkurang malahan mungkin bertambah lagi. Semoga dengan sedikit coretan perkongsian di bidadari.my memberi manfaat untuk semua yang memerlukan. Sharing is caring guys :)

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.