Biskut yang fresh dari oven, resepi biskut ala-ala famous amos hanya semudah 1..2..3 akan kami hadirkan untuk anda pada perkongsian kali ini.

Siapa yang tidak suka biskut, gerenti semua orang suka biskut lebih-lebih lagi kanak-kanak. Bentuk biskut yang comel dan menarik mampu memikat hati siapapun untuk memakannya.

Resepi yang dikongsikan oleh ‎Fatin Khadijah‎Facebook‎ di laman Facebook ini hanya menggunakan oven manual. Biskut sudah masak jika warna bahagian bawahnya telah berubah jadi perang.

Biskut ala Famous Amous Cookies ini sangat rangup dan sedap. Sesuai untuk menemankan pagi mahupun petang anda sambil ditemankan secawan teh o suam. Sila cubakan resepinya di rumah anda.

Resepi Ala Famous Amos Cookies

famous amos

Imej via Facebook

Bahan-bahan :

  • 1 buku mentega,
  • 2 biji telur,
  • 1 cawan gula halus (boleh letak setengah cawan saja kalau tidak suka manis sangat, sebab coklat chip sudah manis,
  • 1 cawan gula perang,
  • 1 1/2 sudu serbuk penaik,
  • 3 cawan tepung gandum,
  • 1 cawan badam cincang,
  • 2 cawan coklat chip,
  • 1 sudu kecil garam,
  • 1 sudu kecil vanilla esen.

Cara Membuat :

1. Mula-mula pukul butter, gula perang dan gula halus seingga sedikit kembang.
2. Masukkan telur satu persatu dan esen vanilla.
3. Masukkan bahan ayak tadi (tepung gandum, garam, baking powder).
4. Akhir sekali gaulkan badam dengan coklat chip, kacau sehingga menjadi doh. (Kalau tekstur terlampau lembik, boleh tambah tepung gandum).

famous amos

Imej via Facebook

Nota : Adunan memang akan macam lembik nanti. Cukup gunakan sudu untuk letak di loyang. Jangan sudu terlampau banyak kerana biskut akan mengembang dengan jayanya.

Resepi Menarik Lain

Selain resepi biskut Famous Amos, kami juga menulis resepi sedap dan mudah lainnya yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa share dan like resepi ini ya.

Penulis: Jejemiko

Jejemiko

Pelajar yang menyukai kartun dan muzik. Memiliki hobi menulis mendorong ia untuk berkarya dan berkongsi di Bidadari.my

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.