Donut kentang hasil ulian tangan. Resepi donut kentang sedap dan gebu daripada Earney Atyesha‎ di laman Facebook ini patut anda cuba.

Donut terdapat dalam pelbagai jenis. Kebiasaannya pula donut diperbuat daripada tepung, namun pernahkah anda terfikir untuk makan donut kentang? Rupanya rasanya lazat amat.

Banyak orang jual donut kentang di pasar malam mahupun di kedai kuih muih di waktu pagi. Donut kentang sedap dijadikan sarapan. Resepi ini boleh juga dipakai untuk berniaga. Selamat mencuba.

Resepi Donut Kentang

Imej via Facebook

Bahan kering – A :

  • 200 gram kentang, rebus sehingga empuk, lenyek sehingga halus.
  • 500 gram tepung. Boleh juga guna tepung roti, lagi cepat masa menguli untuk jadi licin.
  • 1 paket ragi instant.
  • 50 gram susu tepung.
    *ramas rata semua bahan.

Bahan basah – B :

  • 2 biji kuning telur.
  • 1 biji telur.
  • 110 gram air sejuk. Curah di tengah-tengah adunan, gaul uli perlahan lahan sehingga sebati. Jiak adunan masih lekat di tangan, tiada masalah.
  • 75 gram butter. Masukkan sedikit demi sedikit, sehingga doh tidak melekat di tangan dan elastik.
  • Jika sudah diuli sampai elastik/kenyal, tutup dengan tuala, tunggu kembang 2 kali ganda.
  • Tumbuk adunan, bagi keluar semua angin.
  • Bulatkan 40 gram atau 35 gram.
  • Biarkan dalam 20 minit kembang, lubangkan tengah gunakan nozzle atau penutup botol.
  • Jika kita tekan adunan, ia cepat kembali ke bentuk asal, maknanya doh sudah sedia untuk digoreng.

Resepi Menarik Lain

Selain resepi donut kentang, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa like dan share resepi ini ya.

Penulis: Jejemiko

Jejemiko

Pelajar yang menyukai kartun dan muzik. Memiliki hobi menulis mendorong ia untuk berkarya dan berkongsi di Bidadari.my

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.