Resepi viral yang paling ramai dibincangkan masa kini. Kudapan yang mampu membuat anda gembira. Selain itu, anak anda juga mesti suka.

Resepi viral yang kami hadirkan kali ini ialah donut cheese leleh. Di mana donut dibuat dengan cara biasa. Namun yang menarik ialah cheese leleh yang ada dalam inti donut tersebut.

Cheese diletakkan di dalam inti donut yang bulat. Kemudian donut digoreng. Panas minyak membuat cheese meleleh dalam donut dan meletup dalam mulut.

Rasakan sensasi sedap cheese leleh dalam donut gebu. Resepi donut cheezy ini didatangkan daripada Cik Nara Mikayla‎ yang berkongsi di laman Facebook. Jom cuba resepinya.

Resepi Donat Cheese Leleh

donut cheese leleh

Imej via Facebook

Bahan-bahan :

  • 1 kg tepung gandum,
  • 1 sudu teh baking powder,
  • 1 paket mauripan,
  • 500 ml air suam,
  • 2 sudu teh susu pekat,
  • 1 senduk majerin,
  • 1 sudu tea garam,
  • 24 keping cheese dibelah dua, ingin lagi sedap guna mozarella cheese dipotong dadu.
  • Air, mauripan, garam dan susu disatukan di dalam jug biarkan sehingga berbuih.

Cara-cara :

  1. Ayak tepung bersama baking powder, air, mauripan, garam dan susu. Uli dalam 10 minit.
  2. Masukkan marjerin uli lagi dalam 10 minit.
  3. Biarkan adunan ½ jam di tempat panas sehingga kembang naik.
  4. Selepas setengah jam, tumbuk adunan untuk keluarkan
    angin.
  5. Kepal-kepal doh, agak-agak saiz setengah genggam kemudian masukkan cheese.
  6. Goreng sehingga keperangan.
  7. Akhir sekali tabur gula aising.

Resepi Menarik Lain

Selain resepi donut cheese leleh, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa like dan share resepi ini ya.

Penulis: Rahayu Z

Pelajar yang menyukai kartun dan muzik. Memiliki hobi menulis mendorong ia untuk berkarya dan berkongsi di Bidadari.my

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.