Bosan asyik makan nasi. Jom kita ber “dimsum”.

Dim sum merupakan sejenis masakan Cina. Dimsum biasanya dihidang bersama teh Cina. Ia juga dihidangkan pada waktu pagi hingga tengah hari di kedai makan Cina, di mana hidangan ini disediakan sepanjang hari.

Dim sum disediakan dalam bahagian kecil di dalamnya ada ayam, daging, dan sayur-sayuran. Hidangan ini biasanya dihidang dalam bakul pengukus kecil atau di atas pinggan kecil.

Untuk menjawap rasa ingin tahu anda, kami menuliskan resepi dim sum dengan isi ayam dan cendawan. Resepi dimsum sukatan ikut suka yang dikongsikan oleh Pieja Arshad di Facebook ini telah mendapat perkongsian ramai.

Sila cuba resepi yang mudah dan mendapat perkongsian ramai ini. Buat dim sum terlazat anda dan kongsikan dengan jiran anda.

Resepi Dim Sum

dim sum

Imej via Facebook

Bahan-bahan Yang Digunakan

  • Ayam kisar (Ramlee)
  • Bawang merah cincang halus
  • Lada sulah
  • Cendawan butang cincang halus
  • Garam sikit
  • Kulit dumpling (beli yang instant terus siap)

Cara Membuat Dim Sum

1. Campurkan semua bahan dan gaul.

2. Setelah gaul rata ambil sedikit dan letak di atas kulit.

dim sum

Imej via Facebook

2. Kemudian bungkus dan tekan-tekan sedikit ujung kulit supaya melekit.

dim sum

Imej via Facebook

3. Kukus dalam 15-20 minit.

dim sum

Imej via Facebook

Dim sum sedap dan lazat suda jadi. Boleh dicicah bersama sos mengikut selera anda.

Resepi Menarik Lain

Penulis: Jeje

Jeje

Pelajar yang menyukai kartun dan muzik. Memiliki hobi menulis mendorong ia untuk berkarya dan berkongsi di Bidadari.my

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.