Dalgona milo merupakan hidangan yang telah diubah suai daripada resepi Dalgona coffee. Dalgona milo lebih mesra untuk kanak – kanak dan sesuai untuk dihidangkan kepada seisi keluarga. Dalgona milo juga mempunyai rasa yang sedap tau!

Tekstur milo tidaklah sama seperti tekstur serbuk kopi yang lebih ringan. Ianya berat dan jika anda hanya menggabungkan milo dan gula, ia tidak akan memberi hasil yang sama seperti dalgona coffee. Jadi nak tahu cara yang betul untuk menghasilkan dalgona milo? Jom tengok resepi ini.

Resepi ini dikongsikan oleh Tee No-e dan mendapat banyak shares dan likes di media sosial.

Resepi Dalgona Milo

dalgona milo

image via Facebook

Bahan – bahan:

  • 200 gm milo
  • 200 gm whipping cream
  • 10 gm serbuk koko
  • Coklat syrup Hershey’s
  • Susu segar
  • Ais

Cara – cara penyediaan:

  1. Gaulkan sehingga kental adunan milo, whipping cream dan serbuk koko.
  2. Pada satu gelas jernih yang lain, calitkan Hershey’s disekeliling.
  3. Masukkan ais dan susu segar.
  4. Masukkan adunan dalgona milo.
  5. Siap!

Resepi – resepi lain yang menarik:

Terdapat pelbagai lagi resepi yang anda boleh cuba. Jadi apa tunggu lagi, jom kita cuba! Jangan lupa kongsikan resepi ini bersama yang tersayang!

Penulis: Nur Dini Abd Aziz

Nur Dini Abd Aziz

Seorang mahasiswa universiti awam. Rajin berkongsi artikel lazimnya resepi di Bidadari.My

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.