Pening memikirkan menu lauk tengah hari? Apa kata cuba sediakan menu Dalca Daging. Cara penyediaannya pun sangat senang dan mudah. Rebus kacang parpu dan kisar bersama-sama bahan lain. Dan kemudiannya, hanya perlu campur-campur kan bahan-bahan seperti daging dan sayur-sayuran terpilih seperti ubi, carrot, terung, pisang dan sebagainya. Rebus hingga mendidih dan tuangkan santan untuk mendapatkan rasa lemak pada kuahnya.

Apa lagi? Tanpa membuang masa jom tengok resepi Dalca Daging yang kami kongsikan di bawah ini. Resepi yang dikongsikan oleh Masni Bahari di Facebook ini mendapat perkongsian ramai. Nescaya mudah dan sedap. Selamat mencuba.

Resepi Dalca Daging

resepi dalca daging
Imej via Facebook

Bahan A:

  • Daging
  • Kacang parpu
  • Ubi kentang
  • Terung
  • Keret
  • Tomato
  • Cili muda
  • Serai diketuk
  • 4 sekawan
  • Rempah daging
  • Santan
  • Sedikit serbuk kunyit
  • Sedikit air asam jawa
  • Garam dan serbuk perisa

Bahan B (dikisar):

  • Bawang besar
  • Bawang putih
  • Halia..

Bahan C (tumis darat)

  • Bawang besar dihiris
  • Bawang putih dihiris
  • Daun kari
  • Cili kering

Cara-cara penyediaanya:

  1. Rebus kacang parpu dalam periuk.
  2. Kemudian tuang bahan kisar.
  3. Kemudian letakkan rempah serai 4 sekawan, serbuk kunyit daging dan tuangkan sedikit minyak dalam periuk.
  4. Bila daging hampir empuk boleh la letakkan ubi dan carrot.
  5. Bila ubi dah hampir empuk dah boleh letakkan terung dan air asam.
  6. Bila semua dah masak dah boleh tuang santan garam dan seebuk perisa.
  7. Bila dah mendidih dah boleh letakkan tomato dan cili muda.
  8. Kemudian ambil kuali dan tuangkan sedikit minyak dan tumis bahan yang tumis darat tu.
  9. Tumis sampai kekuningan dan boleh tuang dalam kuah Dalca Daging tadi.

Dah siap. Bolehlah siap sedia untuk makan dengan nasi putih panas-panas. Mesti naik Umph punya lah. Selain resepi Dalca Daging ini, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Oh ya, jangan lupa share dan like resepi ini ya. Terima kasih.

Penulis: SyaMimi

SyaMimi

Insan biasa yang berpegang kepada ilmu yang dikongsi itu takkan pernah berkurang malahan mungkin bertambah lagi. Semoga dengan sedikit coretan perkongsian di bidadari.my memberi manfaat untuk semua yang memerlukan. Sharing is caring guys :)

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.