Dalca ayam amat popular dalam kalangan masyarakat Melayu. “Nasi Dalca” biasanya ia dipanggil, hidangan ini telah menjadi antara makanan yang dicari masa makan tengah hari.

Selayaknya nasi dalca, dalca ayam selalunya dijual di kedai-kedai mamak. Ia juga biasnaya dijadikan lauk dimakan dengan nasi kandar di kedai mamak.

Resepi dalca ayam amatlah mudah. Tidak menggunakan bahan-bahan yang sukar serta cara penyediaan yang juga mudah.

Resepi dalca ayam tumis darat simple dikongsikan oleh Nazhatulshima Hashim di laman Facebook. Sila cuba pasti anda suka.

Resepi Dalca Ayam Tumis Darat

Imej via Facebook

Bahan-bahan :

  • Bawang besar 1 ulas,
  • Bawang putih 3 ulas,
  • Halia sebesar ibu jari,
  • Sedikit jintan putih,
  • Rempah daging babas satu paket,
  • Satu sudu besar serbuk cili babas,

Cara-cara :

  1. Blender semua bahan di atas dengan sedikit air.
  2. Masukkan bahan blend kedalam periuk besama kacang dal yang telah direndan satu jam.
  3. Masukan setangkai daun kari.
  4. Bila kacang dal sudah empuk, masukkan ayam yang telah digaul dengan serbuk kunyit dan sedikit cili blend.
  5. Bila ayam sudah masak masukkan garam, sedikit gula, dan satu kiub pati ayam.
  6. Kemudian masukkan sayur carrot dan ubi kentang.
  7. Bila kentang sudah lembut boleh masukkan sayuran lain seperti kacang panjang, terung dan bendi.
  8. Bila sayur sudah masak, tutup api.
  9. Goreng bawang besar, bawang putih, cili kering, daun kari, daun pandan dan sedikit daun pudina.
  10. Bila sudah garing kautkan dan masukan ke dalam dalca tadi besama dengan minyak yang digoreng dengan bawang tadi.
  11. Siap.

Resepi Menarik Lain

Selain resepi dalca ayam, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa like dan share resepi ini ya.

Penulis: Jejemiko

Jejemiko

Pelajar yang menyukai kartun dan muzik. Memiliki hobi menulis mendorong ia untuk berkarya dan berkongsi di Bidadari.my

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.