Resepi Daging Salai Masak Kunyit (Dengan 4 Langkah Mudah)

Selalunya kalau sebut Negeri Sembilan, pasti masakan pedas yang terlintas di kepala anda bukan? Hari ini kami akan berkongsikan resepi daging salai masak kunyit kepada anda!

Negeri Sembilan dengan kepedasan tidak dapat dipisahkan lagi. Semua sedia maklum bahawa orang Negeri Sembilan memang suka makan pedas! Tambah tambah lagi kalau makanan itu menggunakan cili api, lagilah suka.

Untuk mereka di luar sana yang memang suka pedas, anda boleh lah cuba resepi ini sendiri! Memang ternyata pedas. Rata rata netizen memberi feedback yang positif kepada resepi ini.

Apa anda tunggu lagi. Ayuh segera ke dapur! Boleh lah masak sebagai makan tengah hari atau pun makan malam untuk seisi keluarga anda.

Resepi ini dikongsikan oleh Puan Mastura Ajam dan telah mendapat perkongsian ramai di Facebook.

Resepi Daging Salai

Resepi Daging Salai

Imej via Facebook

Bahan Bahan

Resepi Daging Salai

Imej via Facebook

  • 15 biji cili api kampung( boleh tmbh klu suka pedas)
  • 2 inci kunyit hidup
  • 2 batang serai dititik
  • 1 helai daun kunyit
  • 300gm daging salai dihiris nipis
  • (Saya rebus dan salai sendiri je pakai pemanggang ajaib)
  • 2 keping asam gelugor (kering)
  • 1 cawan santan pekat
  • 1 cawan santan cair
  • garam secukup rasa
  • 1/2 Perasa kiub daging knorr

Cara Cara Memasak

  1. Tumbuk lumat cili api dan kunyit hidup.
  2. Dalam periuk renihkan santan cair bersama cili api tumbuk, serai, daun kunyit dan asam gelugor.
  3. Bila mendidih masukkan daging salai dan cendawan yang dah dibersihkan. Biar merenih dengan api perlahan.
  4. Masukkan santan pekat dan garam. Biar merenih dalam 5-10 minit lagi. Bolehlah dihidangkan. Lebih sedap kalau biarkan sejam dua supaya perisanya mesra.

Resepi Daging Lain Yang Menarik

Selain resepi daging salai, kami juga mempunyai beberapa resepi daging lain yang mendapat perkongsian ramai di Facebook. Manalah tahu anda berminat untuk mencubanya.

Jangan lupa untuk share artikel artikel kami dengan kawan kawan. Kalau dah cuba, jangan lupa tinggalkan komen dan feedback di ruangan komen kami ye.

Nabilah Ruza

Merupakan salah penyumbang di Bidadari.my. Rajin berkongsi artikel yang berinformasi di sini.

Pendapat Anda?

comments

Add Comment

error: Content is protected !!