Menu masakan ala thai sering menjadi pilihan rakyat Malaysia. Antara menu yang sering dipesan di kedai makan ala Thai adalah Tom Yam Putih, Telur Dadar, Goreng Kunyit dan Daging Masak Merah. Jadi untuk kali ini, kami kongsikan resepi Daging Masak Merah Ala Thai yang dikongsikan oleh Azizah Daud yang menjadi kegemaran ramai. Bahan-bahan yang diperlukan sangat mudah dan cara penyediaannya pun ringkas dan senang. Hanya rebus dan campak-campak sahaja. Mudahkan?

Jadi, bagi sesiapa yang dah bosan makan diluar dan hilang idea nak masak apa untuk seisi keluarga bolehlah cuba masakkan daging masak merah ini. Menu ini sangat lah sesuai dan bertepatan dengan isteri yang bekerjaya tetapi masih mahu masak untuk keluarga. Masakan dari air tangan seorang isteri atau ibu gitu. Sebabnya masakan ini sangat simple, mudah dan jimat masa. Apa lagi, jom tengok resepinya.

Resepi Daging Masak Merah

Imej via Facebook

Bahan-bahannya:

  • 1 kg daging potong besar dlm 5 @ 6 ketul (rebus sehingga empuk dan dihiris)
  • 7 ulas bawang putih dicincang
  • 1 inci halia dimayang halus
  • Sedikit lada hitam
  • 2 sudu besar cili kisar
  • 2 sudu besar tiram
  • Sedikit kicap
  • 1 biji bawang holland dipotong panjang
  • 1/2 biji carrot dipotong
  • 1/2 biji cili capsicum merah dipotong
  • 1/2 biji brokoli potong ikut suka
  • Sedikit tepung jagung untuk pekatkan kuah
  • Cili padi daun ketumbar daun bawang dan sup tabur untuk hiasan

Cara membuatnya:

  1. Panaskan minyak dan tumis bawang putih dan halia hingga naik bau.
  2. Masukkan cili kisar dan kacau sehingga pecah minyak
  3. Masukkan sos tiram, kicap, lada hitam, garam, gula, serbuk perasa, sedikit daun ketumbar dan air rebusan daging tadi.
  4. Apabila sudah mendidih masukkan daging dan sayur-sayuran.
  5. Akhir sekali, masukkan air tepung jagung biar mendidih dan pekat.
  6. Masukkan juga cili padi yang diketuk. Hidangkan dan taburkan daun bawang, daun sup, daun ketumbar dan bawang goreng.

Mudah kan? Tup-tup dah siap. Selamat mencuba ya. Ok, selain dari resepi daging masak merah ini, terdapat juga resepi menarik yang lain yang telah dikongsikan dalam blog Bidadari ini. Boleh cari di bahagian resepi ya.

Penulis: SyaMimi

SyaMimi

Insan biasa yang berpegang kepada ilmu yang dikongsi itu takkan pernah berkurang malahan mungkin bertambah lagi. Semoga dengan sedikit coretan perkongsian di bidadari.my memberi manfaat untuk semua yang memerlukan. Sharing is caring guys :)

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.