Resepi daging masak hitam ini sememangnya amat popular disajikan ketika hari raya. Tapi, boleh juga dijadikan sebagai juadah makan tengah hari anda. Pasti seisi keluarga anda akan makan sehingga menjilat jari! Serius sedap tau daging masak hitam yang simple ni. Tapi kalau makan memang boleh bertambah. Tambah makan dengan pulut ke perghhh memang berebut.

Jadi, bagi sesiapa yang dah bosan makan diluar dan hilang idea nak masak apa untuk seisi keluarga bolehlah cuba masakkan daging masak hitam ini. Menu ini sangat lah sesuai dan bertepatan dengan isteri yang bekerjaya tetapi masih mahu masak untuk keluarga. Masakan dari air tangan seorang isteri atau ibu gitu. Sebabnya masakan ini sangat simple, mudah dan jimat masa. Apa lagi, jom tengok resepinya.

Resepi ini dikongsikan oleh Noor Farhana dan telah mendapat perkongsian ramai di Facebook. Resepi simple jer nih, jangan risau. Mudah dapat, mudah sedia, sangat sedap.

Resepi Daging Masak Hitam

Imej via Facebook

Bahan bahan:

-daging – anggaran 1 kg
-Rempah 4 sekawan
-Kerisik
-Santan
-Daun kari
-Gula merah
-kicap pekat
-kicap manis
-garam

Bahan kisar

-Bawang besar 3 bji
-Bawang putih 4 ulas
-Tomato 2 bji besar
-Halia 2cm
-Lengkuas 2cm
-Serai 3 batang
-Cili blend

Cara masak:

1) Tumis rempah 4 sekawan, bahan blender, cili blend (ikut kepedasan) , daun kari. Tumis kejap.

2) Lepas tu masukkan daging, kicap pekat, kicap manis, gula merah 2 sudu besar dan kerisik. Masak sampai daging empuk dan pecah minyak

3)Bagi kuah kering sedikit lepas tu masukkan pati santan. Perasakan dengan garam. Hidang panas panas makan ngan nasi putih.

Resepi Daging Lain Yang Menarik

Selain resepi daging masak hitam, kami juga mempunyai beberapa resepi ayam yang mendapat perkongsian ramai di Facebook. Manalah tahu anda berminat untuk mencubanya.

Jangan lupa untuk share artikel artikel kami dengan kawan kawan. Kalau dah cuba, jangan lupa tinggalkan komen dan feedback di ruangan komen kami ye.

Penulis: Dhiaa Syamimi

Insan biasa yang berpegang kepada ilmu yang dikongsi itu takkan pernah berkurang malahan mungkin bertambah lagi. Semoga dengan sedikit coretan perkongsian di bidadari.my memberi manfaat untuk semua yang memerlukan. Sharing is caring guys :)

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.