Pastinya ramai yang menggemari daging kambing bukan? Rasa daging kambing pasti dapat menarik selera anda sekeluarga. Pada hari ini kita akan berkongsi satu resepi yang diperbuat daripada daging kambing iaitu daging kambing masak pasamah.  

Jika kita beli hidangan ini di kedai-kedai makan pastinya kita akan dikenakan dengan harga yang mahal. Jadi tidak dapatlah kita mahu makan daging kambing masak pasamah ini sepuas-puasnya. Jadi tanpa melengahkan masa, mari kita lihat bagaimana cara untuk menyediakan reseipi ini supaya kita dapat makan daging kambing masak pasamah sepuas-puasnya di rumah bersama dengan seisi keluarga yang tersayang.

Resepi ini telah dikongsikan oleh Zakuan Laris P di laman sosial Facebook dan telah mendapat banyak perkongsian dan komen-komen yang baik.

Resepi Daging Kambing Masak Pasamah

daging kambing masak pasamah
image via Facebook

Bahan – bahan:

  • Daging kambing 2kg
  • Rempah daging
  • 10 tangkai cili kering*
  • 5 biji bawang besar*
  • 10 biji bawang kecil*
  • 1 ulas bawang putih*
  • 1 inci halia*
  • Serbuk kas kas (1 sudu teh)
  • Gula melaka
  • Kerisik
  • Daun sup
  • Bawang bulat

Cara – cara penyediaan:

  1. Goreng semua bahan-bahan yang ditanda * sehingga kuning.
  2. Selepas digoreng biar sejuk dahulu sebelum dikisar.
  3. Kemudian ambil bahan-bahan yang sudah dikisar dan tuang ke dalam kuali.
  4. Masukkan rempah dan masak kambing sehingga naik wangi dalam masa 20 minit.
  5. Bila sudah naik minyak dan wangi, masukkan kerisik,gula melaka, garam dan secawan air.
  6. Masak dalam 5 minit dan masukkan daun sup dan bawang bulat.
  7. Masak dalam 3 minit.
  8. Siap.

Resepi – resepi lain yang menarik:

Selain daripada resepi ini, banyak resepi lain juga yang sudah saya kongsikan di sini. Jangan lupa untuk tekan butang kongsi untuk berkongsi resepi ini bersama rakan-rakan anda.

Penulis: Nur Dini Abd Aziz

Nur Dini Abd Aziz

Seorang mahasiswa universiti awam. Rajin berkongsi artikel lazimnya resepi di Bidadari.My

    Tinggalkan Komen!


    Langgan Info Kami

    Berkaitan


    .