Pada perkongsian kali ini kami tuliskan resepi dadih mangga. Biasanya dadih diisi nata de coco, namun pada resepi ini Aisy Shuhada meletak buah-buahan.

Semestinya dengan meletak buah-buahan, rasa dadih akan jadi makin segar, sedap dan sihat. Sekali makan mesti teringin lagi dan lagi.

Dadih mangga segar dapat dibuat dengan 5 bahan sederhana; serbuk dadih, susu, gula dan paling penting jangan lupa buah mangga. Tidak perlu gunakan perisa mangga, kerana rasa asli buah mangga sudah melazatkan.

Mari cubakan resepi dadih mangga mudah 5 bahan ini sekarang. Sejukkan dulu dalam peti baru hidangkan tengah hari. Makin segar dan sedap. Selamat mencuba.

Resepi Dadih Mangga

dadih mangga

Imej via Facebook

Bahan-bahan :

  • 1 bungkus serbuk dadih,
  • 1 tin susu cair,
  • 10 sudu makan gula,
  • 1 biji buah mangga,
  • 2500 ml air.

    dadih mangga

    Imej via Facebook

Cara-cara :

  1. Kupas buah mangga dan potong dadu.

    dadih mangga

    Imej via Facebook

  2. Susun dalam mangkuk.
  3. Masukkan air, susu cair dan gula dalam periuk kemudian hidupkan api. Kacau sampai mendidih.
  4. Jika sudah mendidih, masukkan serbuk dadih. Kacau sekejap tunggu mendidih.
  5. Tuang dalam mangkuk dan tunggu sejuk. Kemudian masukkan dalam peti ais.
  6. Sejukkan selama 3-4 jam.
  7. Siap.

Tips:

Pilih buah-buahan yang segar, rasa lagi manis dan rangup masa makan.
Bila sudah masuk serbuk dadih jangan tinggal ya. Kacau sentiasa.
Kalau kurang manis boleh tambah susu pekat. Jangan tambah gula, nanti manisnya melekat di tekak.

Resepi Menarik Lain

Selain resepi dadih mangga, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa like dan share resepi ini ya.

Penulis: Jeje

Jeje

Pelajar yang menyukai kartun dan muzik. Memiliki hobi menulis mendorong ia untuk berkarya dan berkongsi di Bidadari.my

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.