Apakah makanan yang sesuai untuk kita hidangkan semasa hujung minggu untuk kudap-kudapan bersama seisi keluarga? Pastinya kita mahu buat sesuatu yang mudah dan mengambil masa yang tidak panjang untuk disediakan kerana pada hujung minggu kita mesti mahu berehat dan tidak mahu melakukan benda-benda yang remeh.

Kita akan kongsikan satu resipi cucur udang yang sangat senang untuk disediakan dan sangat sesuai untuk disediakan sebagai kudap-kudapan pada petang hujung minggu. Pastikan udang yang anda gunakan segar untuk memastikan kesedapan cucur udang ini mencapai tahap kepuasan anda. Sediakan juga sos cili atau tomato untuk dihidangkan bersama.

Resipi ini telah dikongsikan oleh Mariana Zainal di laman media sosial mendapat like dan perkongsian yang banyak. Jadi selamat mencuba!

Resepi Cucur Udang Gebu

cucur udang gebu
image via Facebook

Bahan – bahan:

Untuk cucur udang:

  • Sedikit udang segar
  • 4 1/2 cawan tepung gandum (1/2 kg)
  • 1/2 sdb yis kering (saya guna Saf Instant, boleh juga guna Mauripan)
  • 1/2 sdb baking powder
  • 1 biji telur gred A
  • 1 sdb gula
  • 1 sdt garam
  • Sedikit pewarna kuning (kalau tiada, boleh gantikan dengan serbuk kunyit)
  • 2 1/2 cawan air
  • 1 batang lobak disagat (hiris nipis pun boleh)
  • Sedikit taugeh (saya letak 2 genggam, nak letak lebih pun terpulang)
  • Sedikit daun sup
  • Sedikit pewarna kuning

Untuk sos:

  • 7-8 tangkai cili kering (kisar)
  • 3 ulas bawang putih (kisar)
  • 1 senduk sos cili
  • 3 sdb cuka makan
  • 1 ketul gula merah
  • Sedikit garam
  • 3 sdb gula
  • 2 cawan air

Cara – cara memasak:

Cucur udang:

  1. Satukan semua bahan dan peram selama 1 jam.
  2. Panaskan minyak api sederhana dan rendam senduk bersama.
  3. Masukkan sedikit adunan dalam senduk yang sudah panas dan letakkan udang.
  4. Masukkan dalam minyak, biarkan sebentar dan keluarkan.
  5. Masak sehingga kekuningan, selepas siap, angkat dan toskan.

Sos:

  1. Satukan semua bahan dan masak sehingga pekat.
  2. Siap!

Resepi – resepi lain yang menarik:

Ada pelbagai lagi resepi yang semestinya anda boleh cuba dan hidangkan kepada keluarga anda. Ha, jangan lupa juga ya untuk kongsikan resepi ini bersama kawan – kawan anda!

Penulis: Nur Dini Abd Aziz

Nur Dini Abd Aziz

Seorang mahasiswa universiti awam. Rajin berkongsi artikel lazimnya resepi di Bidadari.My

    Tinggalkan Komen!


    Langgan Info Kami

    Berkaitan


    .