Mencari cucur jawa untuk dijadikan kudapan petang ini? Kami datangkan resepi cucur jawa yang menarik daripada Nurul SyifAa di laman Facebook.

Cucur jawa biasa dipanggil kuih topi kerana bentuknya yang menyerupai topi. Di Indonesia pula dipanggil penyaram.

Cucur jawa biasa dijumpai di pasar malam. Dijual harga seringgit satu. Baik buat sendiri, pasti puas makan boleh pula dibuat untuk jualan. Gerenti akan menghasilkan cucur jawa yang sedap dan laku.

Langkah-langkah membuat cucur jawa disertakan dalam resepi ini. Dibuat dengan tepung gandum dan tepung beras. Selamat mencuba.

Resepi Cucur Jawa

Imej via Facebook

Bahan-bahan :

  • Air gula,
  • Air 5 atau 6 cawan,
  • 1 ½ cawan gula merah,
  • 1 cawan gula putih,
  • Masak air gula sampai mendidih. Biarkan sejuk.
  • 3 cawan tepung gandum,
  • 2 cawan tepung beras,
  • Garam 1 atau ½ sudu besar.

Cara-cara :

  1. Masukkan air gula tadi ke dalam tepung, kacau sebati guna senduk.
  2. Masukkan air agak-agak jangan terlalu pekat dan terlalu cair.
  3. Tuang bahan ke dalam blender sedikit-sedikit secukupnya. Kalau pekat tambah air sedikit.
  4. Goreng cucur.

    Imej via Facebook

  5. Siap.

Tips :

  • Jangan blender lama-lama, blender 2 kali sahaja cukup.
  • Minyak sedikti saja macam menggoreng telur.

Resepi Menarik Lain

Selain resepi cucur jawa, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa like dan share resepi ini ya.

Penulis: Jejemiko

Jejemiko

Pelajar yang menyukai kartun dan muzik. Memiliki hobi menulis mendorong ia untuk berkarya dan berkongsi di Bidadari.my

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.