Jom masak cucur/cekodok bawang bilis untuk kudapan pagi atau petang. Ramai yang meminta kami untuk kongsikan cucur bawang bilis. Oleh itu kali ini kami akan berkongsikan resepi cucur bawang bilis viral yang mudah dan sedap.

Resepi yang dikongsikan oleh Norsiah Zakaria di laman Facebook ini amat mudah untuk dicubakan di rumah. Makan cucur bawang bilis petang-petang sebagai kudapan dicicah sos cili sedap sungguh.

Makan cucur bawang ditemankan teh o ais makin sedap. Cucur bawang bilis sedap dimakan panas-panas. Boleh kenyang makan camilan ini. Mak patut cuba hidangkan di rumah mesti ramai yang suka. Selamat mencuba.

Resepi Cucur Bawang Bilis

cucur bawang

Imej via Facebook

Bahan-bahan :

  • Ikan bilis.
  • Tauge dan kucai,
  • Bawang besar 2 biji dihiris,
  • Tepung gandum 4 cawan,
  • Air panas 4 cawan – didihkan air,
  • Garam 1 sudu kecil.

Cara-cara :

  1. Masukkan semua bahan dalam besen dan curah air panas ke dalamnya.
  2. Gaul semua bahan dengan senduk.
  3. Panaskan minyak dalam kuali sementara itu kepalkan bancuhan tepung itu bulat bulat dan goreng.
    Nota : Air mesti yang mendidih.

Resepi Menarik Lain

Selain resepi cucur bawang bilis, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa like dan share resepi ini ya.

Penulis: Jejemiko

Jejemiko

Pelajar yang menyukai kartun dan muzik. Memiliki hobi menulis mendorong ia untuk berkarya dan berkongsi di Bidadari.my

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.