Raya tak lama lagi, jadi sudah pasti ada diantara kita yang sedang mencari idea untuk membuat kuih apa, bukan? Aktiviti membuat kuih raya adalah aktiviti yang dapat mengeratkan silaturrahim diantara kita. Boleh sahaja kita buat bersama keluarga, sanak saudara dan sahabat handai.

Kuih raya dapat dihidangkan kepada para tetamu yang hadir di hari raya, dan sudah tentu, kita mahu untuk memberi yang terbaik kepada tetamu yang hadir. Jika kita mempunyai kelapangan waktu, apa salahnya untuk kita membuat kuih raya kerana air tangan kita pasti lebih bersih dan terjamin rasanya. Kuih raya seperti cornflakes madu adalah menjadi kegemaran rakyat Malaysia. Sesiapa sahaja yang merasainya, pasti hendak lagi. Malahan, boleh jadi satu bekas kuih raya tidak cukup untuk kita semua.

Disini kami bawakan resepi cornflakes madu yang telah dikongsi oleh Min Hani dan telah mendapat perkongsian sebanyak 1.5 ribu di Facebook.

Resepi Cornflakes Madu

Resepi Cornflakes Madu

Image via Facebook

Bahan – bahan:

  • 1 buku butter
  • 1 cawan gula halus
  • Setengah botol madu
  • Sekotak cornflakes (gunakan yang besar)
  • Hiasan

    Cornflakes Madu

    Image via Facebook

Cara – cara memasak:

  1. Cairkan butter.
  2. Masukkan gula kedalam butter.
  3. Apabila butter dan gula sudah cair, masukkan setengah botol madu dan kacau rata.

    Cornflakes Madu

    Image via Facebook

  4. Masukkan cornflakes, kemudian gaul sehingga sebati.

    Cornflakes Madu

    Image via Facebook

  5. Taburkan hiasan kesukaan anda.
  6. Masukkan ke dalam acuan, kemudian, bakar pada suhu 160 darjah Celsius selama 5 ke 10 minit, bergantung kepada ketuhar masing – masing.

    Cornflakes Madu

    Image via Facebook

  7. Apabila sudah sejuk, masukkan kedalam balang.
  8. Siap!

Resepi – Resepi Lain Yang Anda Boleh Cuba:

Selain daripada resepi cornflakes madu ini, terdapat juga beberapa resepi lain yang anda boleh cuba sebagai juadah berbuka puasa ataupun semasa raya. Jangan lupa untuk mencuba dan menekan butang kongsi serta kongsikan bersama rakan – rakan dan yang tersayang!

Penulis: Nur Dini Abd Aziz

Nur Dini Abd Aziz

Seorang mahasiswa universiti awam. Rajin berkongsi artikel lazimnya resepi di Bidadari.My

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.