Cornflakes Madu atau sesetengah orang memanggilnya Cornflakes Bakar. Ia merupakan antara jenis kuih raya yang mendapat sambutan ramai. Jadi sebelum ini ianya hanya boleh didapati pada musim hari raya sahaja. Tetapi, sekarang, bila- bila masa pun boleh dapatkannya. Banyak dijual dimana-mana. Ramai yang jadikan kuih ini sebagai kudap-kudapan atau ‘snack’.

Bagi penggemar cornflakes, sudah pasti Cornflakes Madu ini menjadi biskut kegemaran mereka. Bahan pun mudah dan murah. Cara nak buatnya pun senang. Bolehlah dijadikan aktiviti membuatnya sebagai aktiviti dengan anak-anak. Seronoklah anak-anak nya nanti.

Resepi ini juga sangatlah sesuai untuk mak-mak yang pening memikirkan cornflake yang masih banyak berbaki tetapi dah nak tarikh luput. Nak habiskan secara makan bijiran dah muak dah anak beranaknya. Bolehlah cuba buat resepi ini. Nescaya sekelip mata sahaja dah habis. Tak payah stress-stress fikir tentang cornflakes lagi. Selesai masalah.

Lagi satu, resepi ini juga boleh dijadikan sebagai agenda untuk menambahkan pendapatan sampingan. Tambah-tambah bila nak dekat hari raya nanti. Tak menang tangan nak membuatnya. Tapi jangan risau, kalau tak raya pun boleh juga menjualnya. Pasti laris.

Jom tengok dan cuba resepi yang dikongsi olehHanna Yasmeen dilaman muka buku. Resepi ini mendapat perkongsian ramai kot. Mungkin disebabkan resepinya cepat, mudah difahami dan dibuat. Tak payah pening-pening . Apa lagi? Jom mencubanya.

Resepi Cornflakes Madu

Resepi Cornflakes Madu
Imej via Facebook

Bahan-bahan:

  • 125gm butter
  • 1/2 cawan gula perang(brown sugar)
  • 5 sudu makan madu

1) Cairkan semua bahan di atas, tutup api dan biar seketika.
2) Masukkan 250 gm cornflakes,gaul sebati.
3) Sudukan ke dalam paper cup dan hias. Bakar pada suhu 170’-180’ (10minit) 
4) Sejukkan dan simpan dalam bekas kedap udara.

Dah siap. Mudahkan? Bolehlah jadikan sebagai snack dan kudap-kudapan. Tapi awas ya mak-mak sekalian. Takut ada yang mengangkut ke depan TV ataupun ke dalam bilik. Takut bersemut jer bilik tu.

Selain daripada Cornflakes Madu ini, kami juga ada menulis resepi menarik dan mudah yang lain. Jemput membaca dan memcubanya. Jangan lupa berkongsi dengan yang lain ya. Sharing is caring.

Penulis: SyaMimi

SyaMimi

Insan biasa yang berpegang kepada ilmu yang dikongsi itu takkan pernah berkurang malahan mungkin bertambah lagi. Semoga dengan sedikit coretan perkongsian di bidadari.my memberi manfaat untuk semua yang memerlukan. Sharing is caring guys :)

    Tinggalkan Komen!


    Langgan Info Kami

    Berkaitan


    .