Mencari kudapan coklat yang sedap?

Cornflakes coklat lah jawapannya.

Biskut cornflakes coklat tampak susah untuk dibuat tapi sebetulnya resepi biskut ini sangat mudah dan senang. Hanya memerlukan 3 bahan sahaja. Dengan 3 bahan yang simple anda boleh menghasilkan biskut yang sedap dan menarik.

Cornflakes coklat biasanya disajikan sebagai camilan untuk keluarga. Biskut ini juga biasanya sangat terkenal pada hari raya dijadikan camilan untuk tetamu. Biskut coklat ini juga jadi favorit di kalangan kanak-kanak.

Oleh itu, kami ingin berkongsi dengan anda resepi cornflakes coklat sedap yang dikongsikan oleh Min Hani di Facebook dengan cara penyediaan yang sangat mudah. Sila cuba resepi ini.

Resepi Cornflakes Coklat

Cornflakes Coklat

Imej via Facebook

Bahan-bahan Yang Digunakan :

  • 250g coklat masakan brand apa sahaja.
  • Sekotak cornflakes.
  • 2 sudu butter.
  • Papercup.
cornflakes coklat

Imej via Facebook

Cara Membuat Cornflakes Coklat :

1. Mula-mula cairkan coklat dan butter.
2. Kemudian tuang coklat ke dalam cornflakes.
3. Gaul rata .
4. Masukkan dalam papercup.
5. Akhir sekali, hias ikut citarasa masing-masing.
6. Tunggu coklat keras baru masukkan ke dalam bekas.

cornflakes coklat

Imej via Facebook

Cornflakes coklat sudah siap. Sila menikmati.

Resepi Menarik Lain

Selain resepi cornflakes coklat, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Oh ya, jangan lupa share dan like resepi ini ya.

Penulis: Rahayu Z

Pelajar yang menyukai kartun dan muzik. Memiliki hobi menulis mendorong ia untuk berkarya dan berkongsi di Bidadari.my

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.