Resepi korea viral masa kini anda wajib cuba. Corn dog namanya. Sedap sungguh rasa kudapan ini sebab itulah ‘harga’ dia pun sedap.

Kalau di kedai orang jual RM10-RM15 sebatang. Tapi harga sesuai juga sebab bahan mentahnya mahal dan buatnya renyah.

Memandangkan kalau 1 batang tidak akan cukup, beli banyak duit pula tidak cukup. Oleh kerana itu, buat sendiri saja. Jadi bertambah sedap sebab boleh makan banyak kali.

Sila cubakan resepi corndog viral oleh Alia Nella di laman Facebook. Makan corndog panas-panas cheese meleleh dalam mulut sedap sungguh.

Resepi Corndog Cheese Viral

corn dog

Imej via Facebook

Bahan-bahan :

  • Mozarella cheese dipotong macam dalam gambar,
  • Keju cheddar slice,
  • Sosej,
  • Lidi,
  • Serbuk roti,
  • Minyak untuk deep-fry.

    corn dog

    Imej via Facebook

Bahan Adunan tepung :

  • 1 cawan tepung gandum,
  • 2 sudu besar gula,
  • 2 sudu kecil serbuk penaik,
  • 1/2 sudu kecil garam,
  • 1 telur.
    *Campur kesemua bahan tepung.

Cara-cara :

  1. Potong sosej dan mozzarella jadi separuh dan dicucuk pada lidi memanjang.

    corn dog

    Imej via Facebook

  2. Balut perlahan dengan cheese slice. Kemaskan, jangan ditekan atau ditarik sangat.

    corn dog

    Imej via Facebook

  3. Taburkan tepung gandum sedikit di atas cheese dan sosej tadi kemudian sejukkan sekejap dalam peti ais.
  4. Setelah agak sejuk, baru salut dengan adunan tepung.
  5. Kalau risau sosej cheese tanggal, jangan celup pada adunan tepung. Cukup guna sudu saja untuk balutkan dan ratakan adunan tepung pada cheese dan sosej.
  6. Kemudian baru tabur breadcrumb pada adunan tepung.
  7. Sedia digoreng.
  8. Siap.
corn dog

Imej via Facebook

Resepi Menarik Lain

Selain resepi corn dog, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa like dan share resepi ini ya.

Penulis: Jeje

Jeje

Pelajar yang menyukai kartun dan muzik. Memiliki hobi menulis mendorong ia untuk berkarya dan berkongsi di Bidadari.my

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.