Coklat eclairs, makanan unik berasal dari Perancis ini sangat menarik. Makanan berbasis pastri yang berintikan krim dan taburan aising coklat.

Coklat eclairs dimasak dengan cara dibakar. Namun perkongsian ‎Norasikin Md Noor‎ cara membuat resepi coklat eclairs tanpa bakar di laman Facebook sesuatu yang menarik untuk dicuba. Bagi kami, cara ini paling senang. Hanya cairkan coklat, hancurkan bahan, gaul dan sejukkan dalam peti sampai keras.

Tentunya anda rasa teruja sangat dengan resepi ini bukan? Siapa sangka dengan cara yang amat senang itu boleh hasilkan coklat sedap untuk kudap-kudap hari raya.

Resepi Chocolate Eclairs

Imej via Facebook

Bahan-bahan :

  • Biskut marie/apa-apa biskut dihancurkan.
  • Kacang tanah disangai dan buang kulit.
  • Susu.
  • Coklat masakan yang dicairkan dengan kaedah double boil.

Cara-cara :

  1. Hancurkan kacang dan blender kering.
  2. Masukkan susu pekat.
  3. Campur dengan roti sampai boleh bulatkan doh.
  4. Setelah dibulatkan, celup ke dalam coklat masakan yang sudah dicairkan.
  5. Masukkan ke dalam paper cup.
  6. Tidak perlu bakar. Simpan dalam peti sejuk sekejap bagi coklat keras. Siap.

    Imej via Facebook

Resepi Menarik Lain

Kami menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai, sila baca dan cubakan resepi di bawah ini. Terima kasih telah berkungjung ke laman web kami. Jangan lupa share dan like ya.

Penulis: Jeje

Jeje

Pelajar yang menyukai kartun dan muzik. Memiliki hobi menulis mendorong ia untuk berkarya dan berkongsi di Bidadari.my

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.