Ramai yang masih tak tahu apa itu cikedut? Rupanya cikedut ialah puding yang biasanya dihidangkan dalam botol kaca dan dimakan dengan cara disedut.

Cikedut sangat lembut. Ianya berbahan asas agar-agar. Bezanya daripada agar-agar biasa ialah, cikedut diberi susu dan perisa menyerupai aiskrim pelangi paddle pop. Terdapat banyak kreativity olahan cikedut. Namun biasanya ramai yang membuat cikedut aiskrim dan berwarna menarik umpama pelangi.

Kanak-kanak hingga kalangan dewasa sangat menyukai cikedut ini kerana ia sedap dan sihat. Anda yang belum pernah lagi mencubanya sila cuba resepi mudah membuat cikedut di bawah ini. Resepi perkongsian daripada Mona Dea‎ di Facebook.

Proses pembuatannya sangat mudah dan tidak memakan masa. Sangat sesuai untuk para ibu yang bekerjaya yang ingin membuat puding mudah untuk anak-anak di rumah. Jika anda ingin membuat cikedut untuk niaga pun boleh juga. Namun mungkin anda perlu menggunakan botol selain kaca. Selamat mencuba.

Resepi Cikedut Aiskrim Pelangi

cikedut

Imej via Facebook

Bahan-bahan :

cikedut

Imej via Facebook

  • 450 g coffemate
  • 20 cawan air
  • 2 pack serbuk agar2
  • 1 tin susu cair
  • 4 cawan gula

Cara-cara :

  1. Campurkan semua bahan.
  2. Didihkan.
  3. Tuangkan dalam botol. Tak perlu tunggu sampai keras betul. Tuang kali kedua kena perlaham.
  4. Kalau mahu kurang manis, boleh kurangkan gula.
cikedut

Imej via Facebook

Resepi Menarik Lain

Selain resepi cikedut, kami juga menulis resepi sedap dan mudah lainnya yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa share dan like resepi ini ya.

Penulis: Jejemiko

Jejemiko

Pelajar yang menyukai kartun dan muzik. Memiliki hobi menulis mendorong ia untuk berkarya dan berkongsi di Bidadari.my

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.