Mahu mencari resepi minum petang yang lain dari yang lain? Sudah bosan dengan hidangan minum petang yang sama? Hari ini kami bawakan khas kepada anda, resepi Churros yang amat lazat untuk dibuat.

Churros merupakan makanan yang berasal daripada Sepanyol dan Portugal dimana ianya mempunyai tekstur pastri dan enak dihidangkan bersama sos mengikut kepada citarasa anda.

Hari ini kami bawakan resepi churros yang amat lazat dan anda boleh gabungkan bersama dengan sos coklat ataupun karamel. Resepi ini dikongsikan oleh Rohanis Katan dan mendapat banyak perkongsian di laman Facebook beliau. Jom kita lihat!

Resepi Churros

churos
image via Facebook

Bahan – bahan:

  • 1 ketul butter dibelah 2
  • 1000 ml air
  • Gula lebih kurang 2 sudu besar
  • Garam 1 sudu kecil
  • 4 cawan tepung gandum 
  • 1 sudu kecil esen vanila

Cara memasak:

  1. Didihkan air. Apabila air sudah mendidih, kecilkan api dan masukkan tepung gandum dan kacau adunan sehingga sebati dan tidak melekat di periuk.
  2. Pecahkan 4 biji telur gred A dan masukkan ia kedalam adunan yang masih panas.
  3. Kacau adunan sehingga sebati dengan telur menggunakan senduk.
  4. Biarkan ianya suam sekejap, kemudian masukkan kedalam piping bag jenis cotton. Gunakan nozel yang sama kita buat cream puff.
  5. Sesudah siap, susunkan kedalam bekas dan jangan lupa untuk dilapik dengan plastik supaya tak melekat dan senang nak diambil semasa goreng nanti.
  6. Siapkan stock untuk dimakan pada bila – bila sahaja.

Resepi – resepi lain yang menarik:

Ada pelbagai lagi resepi lain yang anda boleh cuba dan menambah idea masakan anda! Jangan lupa untuk tekan butang share dan kongsikan resepi ini!

Penulis: Nur Dini Abd Aziz

Nur Dini Abd Aziz

Seorang mahasiswa universiti awam. Rajin berkongsi artikel lazimnya resepi di Bidadari.My

    Tinggalkan Komen!


    Langgan Info Kami

    Berkaitan


    .