Harum semerbak bau chocolate chips cookies subway. Ada ke yang suka makan cookies subway nih sampai tak paling kiri kanan? Sedap sangat lah katakan? Tapi sekarang nih dah tak perlu dah nak ke subway semata-mata nak makan chocholate chips cookies nih. Boleh jer cuba buat sendiri kat rumah.

Kalau ada yang nak buat meniaga pun boleh. Chocolate Chips Cookies nih agak popular juga di kalangan orang muda sekarang. Selain dijadikan snack, cookies ini juga dijadikan sebagai doorgift untuk majlis-majlis tunang, akd nikah, kahwin dan sebagainya. Cara buatnya pun mudah. Hasil jualan cookies, bolehlah kalau nak menambah pendapatan sampingan. Untung kan?

Resepi daripada‎ Aliza Azwan ini sangat mudah difahami dan dibuat. Ramai yang sudah mencuba. InsyaAllah menjadi. Silap haribulan tetamu, jiran tetangga dan sanak saudara yang merasainya syak kita beli dekat subway padahal buat sendiri. Tak ke bangga. Apa lagi, jom layan resepinya.

Resepi Chocolate Chips Cookies

resepi chocolate chips cookies
Imej via facebook

Bahan-bahan:

  • 125 gm unsalted butter
  • 1/2 cwn gula halus
  • 1/2 cwn gula perang
  • 1 biji telur
  • 1 sudu vanila
  • 1 cwn tepung gandum
  • 1 sudu tepung jagung
  • 1/2 sudu kecil baking soda
  • 1/2 sudu kecil garam

Cara-caranya:

  • Satukan unsalted butter, gula halus, cawan gula perang dan gaul sebati bahan-bahan tersebut menggunakn spatula.
  • Kemudian, masukkan 1 biji telur dan 1 sudu vanila
  • Gaul hingga sebati.
  • Kemudian ayakkan, tepung gandum, 1 sudu tepung jagung, 1/2 sudu kecil baking soda dan 1/2 sudu kecil garam ke dalam adunan tadi.
  • Akhir sekali, masukkan coklat chip secukup rasa anda, badam atau kacang.
  • Dah siap adunannya, bulatkan sebesar bola golf dan simpan di dalam peti sejuk
  • Bila rasa nak makan bolehlah ambil untuk dibakar. Suhu pembakaran cookies ini adalah 150 C selama 15-18 minit.

Dah siap. Takde lah susah sangat pun kan? Pejam mata pun boleh buatkan? Dah boleh makan cookies style subway walaupun tak keluar rumah. Bolehlah cuba resepi Chocholate Chips Cookies nih dan kami juga mempunyai beberapa resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Boleh baca dan mencubanya. Jangan lupa share kan ya. Terima kasih.

Penulis: Dhiaa Syamimi

Insan biasa yang berpegang kepada ilmu yang dikongsi itu takkan pernah berkurang malahan mungkin bertambah lagi. Semoga dengan sedikit coretan perkongsian di bidadari.my memberi manfaat untuk semua yang memerlukan. Sharing is caring guys :)

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.