Choco Jar merupakan salah satu manisan yang telah diubah suai mengikut kepada cita rasa orang Malaysia. Ianya juga terdapat banyak di pasaran, dan harganya bergantung kepada saiz dan kualiti chocolate tersebut. Namun begitu, masih lagi terdapat choco jar yang tidak memuaskan hati kita dan timbullah rasa ingin menghasilkan sendiri choco jar ini.

Kali ini kami bawakan resepi choco jar style mudah yang boleh diikuti oleh setiap lapisan masyarakat. Resepi ini amat senang, dan tidak mengambil masa yang lama untuk dilakukan.

Resepi ini telah dikongsikan oleh Norafniza Hasni dan telah mendapat banyak perkongsian di Facebook. Tanpa membuang masa lagi, jom kita lihat!

Resepi Choco Jar

choco jar
image via Facebook

Bahan – bahan:

  • Bubble rice
  • Chocolate Beryls
  • Topping (optional)

Cara – cara memasak:

  1. Sangai bubble rice dalam 5 minit tanpa minyak. Sejukkan.
  2. Cairkan chocolate Beryl’s cara double boiled.
  3. Apabila chocolate sudah cair, masukkan minyak 150 mL. Kalau masih pekat boleh tambah minyak lagi. Sejukkan.
  4. Apabila bubble rice sudah sejuk, bolehlah tuang chocolate. Pastikan chocolate pun dah sejuk, takut lemau.

Resepi – resepi lain yang menarik:

Selain daripada resepi ini, ada banyak lagi idea resepi yang anda boleh cuba dan hidangkan kepada yang tersayang. Sekarang anda tidak perlu lagi khuatir untuk mencuba apa apa jenis resepi. Semuanya terletak di hujung jari anda. Alang – alang anda sudah sampai kesini, jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini di media sosial.

Penulis: Nur Dini Abd Aziz

Nur Dini Abd Aziz

Seorang mahasiswa universiti awam. Rajin berkongsi artikel lazimnya resepi di Bidadari.My

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.