Resepi Cheesekut (Menggunakan 3 bahan sahaja!)

Pernah makan atau dengar apa itu cheesekut? Mari kami kongsikan resepi cheesekut wajib anda cuba.

Makanan pencuci mulut enak dinikmati selepas waktu makan utama. Antara pencuci mulut yang terkenal pastinya Cheesekut. Sesiapa sahaja yang mendengar tentang Cheesekut pasti sahaja akan terliur bukan?

Cheesekut adalah gabungan cream cheese dan biskut. Ianya antara pemanis yang tak perlu dibakar atau dikukus.

Jadi, cara pembuatannya amat mudah. Selain daripada itu, bahan yang digunakan sangat murah dan mudah didapati. Akan tetapi, kita ada satu masalah dengan Cheesekut. Masalahnya ialah anda tak kan pernah puas! Sekali cuba pasti nak lagi.

Resepi ini mudah kerana hanya menggunakan tiga bahan sahaja dan telah dikongsi oleh Azwaniza Wiwi serta mendapat ribuan perkongsian di laman Facebook.

Resepi Cheesekut

Cheesekut

Image via Facebook

Bahan – bahan :

  • Biskut Cheese/Biskut Gandum (apa biskut pun boleh)
  • 250g Tatura cream cheese
  • 1/2 tin susu pekat
Cheesekut

Image via Facebook

Cara – cara:

  1. Pukul sebati Tatura cream cheese dan 1/2 tin susu pekat sampai kembang dan tak berketul.
  2. Susun biskut dahulu untuk lapisan bawah kedalam bekas yang bersesuaian.
  3. Selepas biskut disusun, mulalah melapis dengan bahan yang telah dipukul sebati tadi (anggaran dalam 2-3 sudu, ikut bekas) .
  4. Langkah langkah ini diulangi sehingga biskut ataupun cheese habis.
  5. Untuk nampak lebih menarik, bahagian lapisan atas itu boleh dihias dengan Cheddar cheese, ricecolour atau lebihan biskut yang sudah hancur.
  6. Cheesekut disejukkan dahulu didalam freezer selama 2 jam dan sedia untuk dihidang!

 

Cheesekut

Image via Facebook

Resepi – resepi lain yang menarik:

Disini juga kami sertakan beberapa resepi resepi lain yang menarik yang boleh anda cuba. Resepi ini bukan sahaja mudah dan ringkas, tetapi ianya juga dijamin lazat sehingga menjilat jari. Variasikan hidangan anda dengan mencuba resepi resepi dari kami. Selamat mencuba ya!

 

Seorang mahasiswa universiti awam. Rajin berkongsi artikel lazimnya resepi di Bidadari.My

Pendapat Anda?

comments

Add Comment

error: Content is protected !!