Selalunya orang masak cendawan goreng menggunakan cendawan tiram, namun pada resepi kali ini, kami ingin berkongsikan resepi cendawan goreng guna cendawan inoki pula.

Tentunya resepi memasak cendawan ini senang sahaja, hanya menggunakan cendawan inoki sebagai bahan asas nya kemudian disalut dengan tepung bestari dan digoreng.

Menggorengnya pula jangan overcooked, agak-agak ia sudah garing kekuningan baru boleh dangkat. Cendawan goreng ini boleh dijadikan camilan dicicah dengan sos cili sungguh sedap.

Rasanya sangat rangup, sedap dan menjilat jari. Makan satu sahaja confirm tidak boleh berhenti mengunyah. Mari tengok resepi perkongsian ramai yang dikongsikan oleh Syikin Jana‎ di Facebook seperti berikut di bawah ini.

Resepi Cendawan Goreng Tepung

cendawan goreng

Imej via Facebook

Bahan-bahan :

  • Cendawan Inoki dibuang akar,
  • Telur,
  • Tepung Bestari,
cendawan goreng

Imej via Facebook

Cara Membuat :

  1. Leraikan sedikit cendawan inoki kemudian dicampur dengan telur.
  2. Selepas itu gaulkan dalam tepung.
  3. Sebelum goreng pastikan minyak betul-betul panas.
  4. Goreng sampai garing kekuningan.

Nota : Kalau tidak mau campur telur pun, bagi telur supaya tepung dia lekat banyak, jadi lebih crunchy dan kurangkan rasa masin tepung.

Resepi Menarik Lain

Selain resepi cendawan goreng, kami juga menulis resepi sedap dan mudah lainnya yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa share dan like resepi ini ya.

Penulis: Jeje

Jeje

Pelajar yang menyukai kartun dan muzik. Memiliki hobi menulis mendorong ia untuk berkarya dan berkongsi di Bidadari.my

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.