Cempedak goreng rangup, sedap dimakan petang-petang sebagai camilan. Makan sambil layan cerita, berkumpul dengan keluarga. Makan cempedak goreng ditemankan teh o sejuk. Sedap tiada terkata.

Cempedak goreng manis dan lazat, ianya juga lembut. Cempedak yang biasa dibuat untuk goreng ialah yang bersaiz kecil-kecil. Jangan tersilap pula membezakan cempedak dengan nangka ya. Nangka lebih besar dan selalunya dimakan macam itu sahaja jika sudah masak ataupun digulai jika masih muda.

Adunan tepung untuk cempedak juga tidak boleh sembarang buat. Haruslah adunan tepung goreng yang tepat rasionya untuk menghasilkan cempedak goreng rangup yang garing, lazat dan tidak membosankan untuk dimakan.

Resepi cempedak goreng rangup kami hadirkan untuk anda pada perkongsian kali ini. Didatangkan daripada  di Facebook. Resepi bancuhan tepung goreng rangup boleh buat untuk goreng ikan, seafood, pisang, ubi, tauhu begedil dan lain-lain. Sentiasa rangup walaupun sejuk.

Resepi Cempedak Goreng Rangup

cempedak goreng

Imej via Facebook

Bahan-bahan :

  • 2 cawan tepung beras,
  • 1 sudu kecil garam,
  • Sedikit air kapur (hujung sudu kecik),
  • 1 biji telur.,
  • Pewarna kuning telur,
  • Ais 4 @ 5 ketul (rahsia tepung rangup tahan lama),
  • Air sejuk (jangan cair atau pekat sangat) nanti ais akan mencair.

Cara-cara :

  1. Bancuh semua bahan-bahan dalam mangkuk.
  2. Pastikan minyak panas. Boleh mula menggoreng.

Resepi Menarik Lain

Selain resepi cempedak goreng, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa like dan share resepi ini ya.

Penulis: Rahayu Z

Pelajar yang menyukai kartun dan muzik. Memiliki hobi menulis mendorong ia untuk berkarya dan berkongsi di Bidadari.my

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.