Buttercream biasa digunakan sebagai sapuan kek mahupun isi di dalam kek. Buttercream juga biasa digunakan sebagai hiasan kek. Kek akan jadi makin cantik dan kemas apabila dihias dengan buttercream.

Buttercream pula ada pelbagai jenis. Pada resepi ini kami akan mengongsikan resepi buttercream yang dikongsikan oleh Ashiqin Sadikun di Facebook. Resepi ini telah mendapat perkongsian yang sangat ramai.

Resepi yang akan kami suguhkan kepada anda sangat simple dan mudah. Yang anda perlukan hanyalah praktikal menggunakan buttercream selalu agar menciptakan hiasan yang kemas.

Sila cuba resepi buttercream yang telah kami tulis dengan sangat kemas ini. Terdapat 5 resepi buttercream. Selamat mencuba.

buttercream

Imej via Marthastewart

Resepi Buttercream

Bahan-bahan

  • 125 gm mentega
  • 70 gm krimwell
  • 80 gm gula ising diayak
  • 1/2 tsp esen vanilla
  • 2 tb susu pekat manis

Cara Membuat

  1. Pukul semua bahan hingga betul-betul kembang.
  2. Sedia untuk digunakan.

Resepi Buttercream Untuk Sapuan Kek

Bahan-bahan

  • 100 gm air gula
  • 200 gm krimwell
  • 100 gm shortening

Cara Membuat

  1. Buat air gula. 100 gm air dan 200 gm gula dimasak dengan api perlahan sehingga pekat dan sejukkan.
  2. Masukkan air gula ke dalam mixer, kacau.
  3. Masukkan krimwell atau shortening dan kacau hingga kembang dan bertanduk.
  4. Masukkan perasa vanilla/oren untuk sedapkan rasa.

Resepi Butter Icing

Bahan-bahan :

  • 250 gm mentega
  • 130 gm gula icing (diayak)

Cara Membuat

  1. Biarkan mentega pada suhu bilik buat seketika.
  2. Pukul bila mentega lembut sedikit, tapi masih bersuhu sejuk. ini keadaan terbaik supaya icing kembang dan cantik.
  3. Masukkan gula sesudu demi sesudu bagi memastikan ia betul-betul sebati. Pukul dengan kelajuan tinggi.
    Bila adunan tidak berpasir lagi apabila dirasa dengan jari, bermakna ia sudah siap.
  4. Titikkan pewarna kegemaran dan pukul rata.
  5. Masukkan ke dalam piping bag dan mulakan menghias.

Resepi Icing Putih

Bahan-bahan

  • 250 gm krimwell
  • 120 gm gula icing

Cara Membuat

  1. Pukul sehingga betul-betul kembang dengan kelajuan tinggi.
  2. Bila icing betul-betul gebu dan berwarna putih bermakna, ia sudah sedia untuk digunakan.

Resepi Buttercream Icing

Bahan-bahan :

  • 250 gm cream cheese
  • 100 gm mentega
  • 60 gm gula icing

Cara Membuat

  1. Pukul cream dan mentega hingga sebati.
  2. Masukkan gula sedikit demi sedikit.
  3. Pukul kelajuan tinggi hingga gebu dan gula tidak terasa berpasir lagi.

Itulah antara resepi buttercream mudah yang kami kongsikan. Sila cuba di rumah anda dan mula deco kek anda dengan buttercream yang sangat menarik.

Resepi Menarik Lain

Selain resepi buttercream, kami juga menulis resepi mudah lainnya yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa share dan like resepi ini ya.

Penulis: Jejemiko

Jejemiko

Pelajar yang menyukai kartun dan muzik. Memiliki hobi menulis mendorong ia untuk berkarya dan berkongsi di Bidadari.my

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.