Sedapnya kalau dapat makan burger Malaysia sebagai sarapan atau minum petang. Burger Malaysia merupakan antara menu kegemaran rakyat Malaysia. Gabungan rasa pau yang gebu di dalam dan rangup diluar, di tambah pula dengan rasa sambal di tengah beserta timun mampu menarik minat para penggemarnya.

Cara-cara untuk membuatnya lebih kurang sama sahaja dengan cara-cara nak membuat doh roti dan doh donut. Cuma bezanya, selepas doh sudah siap, doh akan dibulat-bulatkan sebelum digoreng. Sesudah menggoreng, potong di bahagian tengah tetapi tak putus seluruhnya. Kemudian, bolehlah masukkan sambal ikan bilis yang telah siap di masak bersama-sama hirisan timun.

Resepi mudah dari Faiezah Ramsudi pasti cantik kejadiannya. Apa lagi? Jom mencubanya.

Resepi Burger Malaysia

Resepi Burger Malaysia
Imej via SoyaLemon

Bahan-bahannya:

Bahan A:

  • 250gm tepung gandum-ayak dahulu
  • 5gm yis kering-mauripan
  • 30gm gula halus
  • 1 sudu besar susu tepung
  • 1/4 sudu bread improver
  • 1/2 sudu bread softener

Bahan B:

  • 1/4 sudu garam

Bahan C:

  • 100gm air sejuk dari peti ais + 1 biji telur(dikacau rata)

Bahan D:

  • 30gm marjerin bunga mas/pelangi/buttercup

Cara-caranya:

  1. Masuk bahan A ke dalam bekas, putar bagi rata 
  2. Masuk pula bahan B, putar lagi
  3. Masuk pula bahan C, pukul sampai sebati & di tepi bekas tiada kelihatan tepung & licin. 
  4. Masuk pula bahan D. Pukul sampai doh jadi elastik. 
  5. Keluarkan doh tadi ke atas silicon mat. 
  6. Timbang doh 30gm sampai habis doh tadi. Anggaran 13-14 biji.
  7. Bulatkan doh jadikan bentuk bulat. 
  8. Letak doh yang dah siap ke dalam dulang yang telah di ayak tepung terlebih dahulu supaya doh tidak melekat. 
  9. Biar doh naik dalam 30-40 minit. Selepas 20 minit doh naik tekankan sedikit doh tadi. Jgn tekan sampai leper pula. Untuk dapatkan bentuk sahaja. Biar naik lagi. 10-20 minit lagi. 
  10. Bila sudah naik panaskan minyak yang secukupnya. Semasa proses penggorengan pastikan api tidak terlalu besar & tidak terlalu kecil. Dan pastikan minyak sudah cukup panas.
  11. Bila pau bahagian bawah sudah kuning keemasan, baru boleh diterbalikkan. Tunggu sehingga bahagian atas tadi masak seperti bahagian bawah tadi. 
  12. Bila sudah masak, angkat pau, toskan terlebih dahulu dalam penapis. Baru diletak/susun ke dalam dulang yang telah diletak tisu dapur terlebih dahulu. 
  13. Bila pau sudah suam2 sejuk bolehlah dipotong dengan pisau yang tajam. *Potong jangan putus ye. 
  14. Kemudian boleh di sudukan sambal tumis secukupnya, hirisan timun & potongan kecil telur dadar. 
  15. Sedia dinikmati, selamat mencuba.

Terdapat juga resepi menarik yang lain. Jemput membaca dan mencubanya.

Penulis: SyaMimi

SyaMimi

Insan biasa yang berpegang kepada ilmu yang dikongsi itu takkan pernah berkurang malahan mungkin bertambah lagi. Semoga dengan sedikit coretan perkongsian di bidadari.my memberi manfaat untuk semua yang memerlukan. Sharing is caring guys :)

    Tinggalkan Komen!


    Langgan Info Kami

    Berkaitan


    .