Bingung mencari resepi kacang buncis? Adakah anda tercari resepi kacang buncis sedap?

Ramai suri rumah yang jarang masak kacang buncis kerana bingung dan tidak tahu ingin masak kacang buncis resepi apa.

Oleh kerana itu, pada perkongsian kali ini kami hadirkan resepi kacang buncis sedap yang mak patut cuba. Resepi kacang buncis udang goreng yang dikongsikan oleh Anna ZahRaa di laman Facebook.

Lauk ini sedap dimakan dengan nasi putih. Udang yang dicampur kacang buncis rangup membuat makan jadi makin berselera. Selamat mencuba.Tengok gambar sahaja pun sudah terliur.

Resepi Kacang Buncis Udang Goreng

Imej via Facebook

Bahan-bahan :

  • Udang,
  • *4 tangkai cili merah,
  • *10 tangkai cili api,
  • *1 ulas bawang besar,
  • *2 ulas bawang putih,
  • *Sedikit belacan dan serbuk kunyit.

Cara-cara :

  1. Blend bahan yang bertanda * jangan terlalu hancur.
  2. Kemudian panaskan minyak, tumis bahan-bahan yang diblend tadi.
  3. Masukkan 1 keping asam gelugur, garam, gula dan serbuk perasa secukup rasa.
  4. Masak bahan hingga kering baru masukkan udang.
  5. Biarkan udang masak sekejap, kemudian masukkan kacang buncis.
  6. Jika sudah masak boleh terus tutup api, jangan lama-lama nanti kacang layu.

Resepi Menarik Lain

Selain resepi buncis, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa like dan share resepi ini ya.

Penulis: Jejemiko

Jejemiko

Pelajar yang menyukai kartun dan muzik. Memiliki hobi menulis mendorong ia untuk berkarya dan berkongsi di Bidadari.my

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.