Adakah yang suka makan bubur pulut hitam? Kali ini kami akan berkongsikan resepi bubur pulut hitam.

Bubur hitam merupakan hidangan tradisi Melayu. Bubur hitam dibuat menggunakan beras pulut hitam yang dimasak hingga lembik kemudian dimakan bersama kepala santan (santan pekat).

Ada pelbagai cara menghidang bubur pulut hitam. Ada yang menghidangkan bubur dengan santan terpisah iaitu dengan menyiramkan santan ke atas bubur.

Ada juga yang memasak dengan terus mencampurkan santan ke dalam pulut yang sudah lembih dan masih terjerang atas api. Kedua-dua kaedah ini menghasilkan rasa bubur pulut hitam yang sama. Manis, berlemak dan lazat.

Bubur pulut hitam biasanya dijual di pasar malam ataupun kedai tepi jalan. Bubur pulut hitam sedap dijadikan menu berbuka puasa. Sila tengok resepi bubur pulut hitam daripada Fateenah Embong‎ yang dikongsikan di laman Facebook di bawah ini.

Resepi Bubur Pulut Hitam

bubur pulut hitam

Imej via Facebook

Bahan-bahan :

  • Beras pulut hitam,
  • Santan,
  • Gula Melaka,
  • Gula pasir,
  • Telur (optional),
  • Daun pandan.

Cara-cara :

  1. Rebus pulut hitam hingga empuk. Masukkan gula melaka dan gula pasir.
  2. Kemudian masukkan santan dan daun pandan. Tunggu sampai santan dan pulut mendidih.
  3. Pukul sebiji telur dan masukkan ke dalam bubur tadi (tidak letak telur tidak apa).
  4. Jika sudah masak, makan dengan santan pekat.
  5. Siap.

    bubur pulut hitam

    Imej via Facebook

Resepi Menarik Lain

Selain resepi bubur pulut hitam, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya.

Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa like dan share resepi ini ya

Penulis: Jeje

Jeje

Pelajar yang menyukai kartun dan muzik. Memiliki hobi menulis mendorong ia untuk berkarya dan berkongsi di Bidadari.my

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.