Bila ada ahli keluarga, rakan dan kerabat teringin makan bubur jagung, mestinya kita ingin menghidangkan bubur jagung sesedap rasa.

Membuat bubur jagung tidak sukar. Namun ada resepi rahsia untuk membuat bubur jagung yang pekat memikat. Style bubur jagung daripada Rozmaliza Omar di laman facebook ini mengungkapkan rahsia resepi bubur jagung yang lazat.

Resepinya iaitu dengan mecampurkan pulut ke dalam bubur jagung. Sedap sungguh rasanya, sangat pekat memikat lemak berkrim jika menggunakan cara ini.

Tanpa membuat anda tertunggu-tunggu, jom lihat resepi bubur jagung sedap yang kami kongsikan ini. Selamat mencuba.

Resepi Bubur Jagung

bubur jagung

Imej via Facebook

Bahan-bahan :

  • 4 tongkol jagung dihiris,
  • ½ cawan beras pulut dibasuh dan toskan,
  • 2 helai daun pandan,
  • 2½ cawan santan pekat,
  • Air secukupnya (ikut kepekatan),
  • 2 keping gula melaka (kalau rasa kurang manis bole tambah gula putih biasa).

Cara-cara :

  1. Dalam bekas lain, masukkan jagung yang telah dihiris, beras pulut dan air paras melebihi jagung.
  2. Tutup periuk noxxa, tombol hala ke “pressure” dan tekan mode “high pressure” selama 10 minit.
  3. Bila bunyi beep, putar tombol ke arah “steam” untuk lepaskan wap.
  4. Buka tudung noxxa. Jika jagung dan beras pulut sudah masak, masukkan santan, gula melaka, sedikit garam dan daun pandan yang telah disimpul.
  5. Kacau rata sekejap dan on mode “stir fry” dan kacau sehingga kesemua bahan sebati. Sekiranya kurang manis boleh tambah gula putih mengikut citarasa sendiri.
  6. Bila sudah nampak sebati dan pulut sudah pun kembang, boleh offkan “stir fry”.
  7. Siap untuk dihidangkan.

Resepi Menarik Lain

Selain resepi bubur jagung, kami menulis resepi menarik lain yang telah mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Jangan lupa like dan share resepi ini ya.

 

 

Penulis: Jejemiko

Jejemiko

Pelajar yang menyukai kartun dan muzik. Memiliki hobi menulis mendorong ia untuk berkarya dan berkongsi di Bidadari.my

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.