Hai semua! Tengah tercari-cari menu ke tuh? Apa kata cuba buat kuih Buah Melaka. Tak payah tunggu bulan Ramadhan dah walaupun ianya sangat popular apabila menjelang bulan Ramadhan sebagai menu sampingan semasa berbuka puasa. Buah Melaka atau dipanggil juga sebagai onde-onde atau kuih kolopong jika di Negeri Sembilan.

Kuih ini dipanggil sebagai kuih buah Melaka kerana ia menggunakan gula Melaka sebagai intinya. Jika anda terbayangkan kuih ini, pasti boleh tertelan air liur tau. Dengan tekstur kuihnya yang kenyal sedikit, digabungkan dengan rasa lemak kelapa parut yang bersalut dan ditambah pula dengan gula melaka yang cair apabila dikunyah. memang umph la.

Jadi, resepi kali ini ialah resepi buah Melaka aka onde-onde oleh ALeen Aireish . Jadi, jom cuba resepi kuih yang sedap dan viral terutama semasa bulan puasa nanti.

Resepi Buah Melaka

resepi buah melaka
Imej via azhan.co

Bahan-bahannya :

  • 3 cawan tepung pulut
  • 3 sudu besar tepung gandum
  • 1/2 sudu kecil garam halus
  • 1 1/2 cawan air [ + / -]
  • pewarna : hijau / merah jambu / purple
  • 4 keping gula kabung [potong dadu]
  • 2 helai daun pandan [simpul]
  • kelapa parut putih secukupnya + garam [kukus]

Cara-caranya :

  • Satukan tepung dan garam.
  • Gaul rata dan masukkan air sedikit-sedikit uli hingga jadi doh
  • Bahagikan kepada 3 bahagian, setiap bahagian ditambahkan pewarna, uli hingga warna sekata.
  • Kemudian, ambil doh sebesar ibu jari masukkan gula kabung, bulat2 kan.
  • Didihkan air bersama dengan daun pandan, supaya buah melaka nanti beraroma harum.
  • Masukkan yang telah siap digentel ke dalam air mendidih, apabila timbul biarkan lama sedikit agar gula kabung tu cair di dalam.
  • Angkat dan golek-golekkan dalam kelapa parut putih yg tlh dikukus terlebih dahulu.
  • Sedia untuk dihidangkan.

Selamat mencuba! Selain resepi Buah Melaka ini, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Oh ya, jangan lupa share dan like resepi ini ya. Terima kasih.

Penulis: Dhiaa Syamimi

Insan biasa yang berpegang kepada ilmu yang dikongsi itu takkan pernah berkurang malahan mungkin bertambah lagi. Semoga dengan sedikit coretan perkongsian di bidadari.my memberi manfaat untuk semua yang memerlukan. Sharing is caring guys :)

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.