Jom cuba resepi brownies kedut sukatan cawan. Untuk sesiapa yang malas guna penimbang, boleh cuba guna sukatan ini.

Sesuai namanya, resepi brownies kedut sukatan cawan mestilah amat mudah untuk dicubakan. Hanya menggunakan cawan apa-apa sahaja yang ada di rumah, asalkan sukatan cawan sama untuk semua bahan.

Resepi yang dipermudah ini didatangkan daripada Hamiza Roslan‎ yang berkongsikan resepi di laman Facebook. Resepi ini akan menghasilkan brownies yang sedap yang disukai ramai.

Resepi ini sesuai untuk loyang saiz 8″ atau 7″ sebab adunan sedikit. Jika ingin banyak boleh doublekan adunan. Jom membrownies hari ini!

Resepi Brownies Kedut Sukatan Cawan

Imej via Facebook

Bahan-bahan :

  • Seketul mentega dipotong dua, guna pure butter lagi sedap.
  • 1 cawan dark koko bentuk coin. Guna high quality macam beryls.
    *Cairkan kedua-dua bahan ini cara double boil. Biarkan suam-suam sejuk.
  • 1 cawan gula perang,
  • ½ cawan gula castor,
  • 2 biji telur.
    *Pukul ketiga-tiga bahan sampai agak sebati selama 2-3 minit. Tidak perlu sampai gula kembang. Tidak perlu guna mixer, pakai tangan sahaja dengan whisk kecil atau senduk.

Bahan-bahan kering :

  • 1 cawan tepung,
  • 2 sudu besar serbuk koko,
  • 2 cubit garam,
  • ½ sudu teh nescafe (tidak suka boleh sudu kecil),
  • ½ cawan walnut cincang kasar.
    *Campur kesemua bahan kering.

Cara Membuat Brownies :

  1. Masukkan coklat dan mentega cair tadi kedalam adunan telur dan gula yang dipukul. Kacau sebati guna whisk kecil sehingga jadi pekat likat.
  2. Kemudian masukkan bahan kering tadi. Kacau sebati guna senduk.
  3. Letak dalam loyang, kemudian bakar pada suhu 160°C selama 25 minit.
  4. Jika sudah masak jangan terus buka oven. Biar sekejap dalam oven. Keluarkan dengan hati-hati.

    Imej via Facebook

Resepi Menarik Lain

Selain resepi brownies kedut sukatan cawan, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa like dan share resepi ini ya.

Penulis: Jejemiko

Jejemiko

Pelajar yang menyukai kartun dan muzik. Memiliki hobi menulis mendorong ia untuk berkarya dan berkongsi di Bidadari.my

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.