Harum semerbak bau brownie cookies. Ada ke yang suka makan
brownies cookies nih sampai tak paling kiri kanan? Sedap sangat lah katakan? Tapi sekarang nih dah tak perlu dah nak order atau cari kat luar semata-mata nak makan brownie cookies nih. Boleh jer cuba buat sendiri kat rumah.

Kalau ada yang nak buat meniaga pun boleh. Brownie cookies nih agak popular juga di kalangan orang muda sekarang. Selain dijadikan snack, cookies ini juga dijadikan sebagai doorgift untuk majlis-majlis tunang, akad nikah, kahwin dan sebagainya. Cara buatnya pun mudah. Hasil jualan, bolehlah kalau nak menambah pendapatan sampingan. Untung kan?

Resepi daripada Dasyarilawati Suzirah Daud ini sangat mudah difahami dan dibuat. Ramai yang sudah mencuba. InsyaAllah menjadi. Silap haribulan tetamu, jiran tetangga dan sanak saudara yang merasainya syak kita beli dekat luar padahal buat sendiri. Tak ke bangga. Apa lagi, jom layan resepinya.

Resepi Brownie Cookies

resepi brownie cookies
Imej via eatingonadime.com

Bahan-bahan:

  • 120 gram dark compounds coins (beryl’s)
  • 27 gram marjerin pelangi
  • 67 gram brown sugar
  • 1 biji telur gred B (sejuk dari peti ais)
  • 37 gram tepung gandum (cap ros)
  • Kekacang (almond slice/almond nib)

Cara-caranya:

  1. Cairkan (double boil) dark coklat dan marjerin
  2. Mixer kelajuan tinggi brown sugar dan telor – 5 minit
  3. Tambah coklat yang telah cair ke dalam mixer. Mixer kelajuan sederhana 10 saat sahaja
  4. Tambah tepung gandum, guna kaedah kaup balik sehingga sebati semua adunan.
  5. Rehatkan adunan sekejap dalam bekas tu dalam 10 minit
  6. Masukkan adunan di dalam piping bag
  7. Picit adunan di atas macaron mat. 
  8. Tabur kekacang atasnya
  9. Panaskan oven pada suhu 180°c
  10. Kemudian bakar selama 15 minit
  11. Selepas bakar, biarkan cookies di dalam macaron mat dalam 5 minit. Biar sejuk sedikit baru mudah nak tanggal cookies tu.

Dah siap. Takde lah susah sangat pun kan? Pejam mata pun boleh buatkan? Dah boleh makan Brownie cookies walaupun tak keluar rumah. Bolehlah cuba resepi Brownie Cookies nih dan kami juga mempunyai beberapa resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Boleh baca dan mencubanya. Jangan lupa share kan ya. Terima kasih.

Penulis: SyaMimi

SyaMimi

Insan biasa yang berpegang kepada ilmu yang dikongsi itu takkan pernah berkurang malahan mungkin bertambah lagi. Semoga dengan sedikit coretan perkongsian di bidadari.my memberi manfaat untuk semua yang memerlukan. Sharing is caring guys :)

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.