Lauk kegemaran anak-anak. Brokoli sup campur fishball. Jika anak anda kurang selera makan, boleh cuba resepi ini untuk membangkitkan selera makan anak.

Sebagaimana yang kita tahu bahawa sayur brokoli banyak khasiat dan kebaikan untuk tubuh. Maka sangat disayangkan jika kita mengabaikan sayur ini.

Mak patut cuba resepi ini, cara masak brokoli dengan fishball dijelaskan secara detail pada perkongsian ini. Resepi dikongsikan oleh Alin Sulaiman di laman Facebook. Resepi mudah dan membangkitkan selera. Selamat mencuba.

Resepi Brokoli Sup Fishball

resepi brokoli

Imej via Facebook

Bahan-bahan :

  • Brokoli,
  • Bawang putih,
  • Fishball,
  • Carrot,
  • Sos tiram,
  • Kicap cair,
  • Air sedikit,
  • Air tepung jagung.

Cara-cara :

  1. Brokoli direbus sekejap dan toskan,
  2. Kemudian tumis bawang putih yang sudah dicincang halus,
  3. Masukkan fishball,
  4. Masukkan carrot,
  5. Masukkan sos tiram,
  6. Masukkan kicap cair sedikit,
  7. Masukkan air sedikit,
  8. Masukkan brokoli tadi,
  9. Letakkan tepung jagung untuk pekatkan kuah.
    Nota :
    Tidak perlu tambah garam.

Resepi Menarik Lain

Selain resepi brokoli , kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa like dan share resepi ini ya.

Penulis: Jejemiko

Jejemiko

Pelajar yang menyukai kartun dan muzik. Memiliki hobi menulis mendorong ia untuk berkarya dan berkongsi di Bidadari.my

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.