Biskut raya tidak asing lagi jika kita sebut mengenai Hari Raya Aidilfitri. Terdapat banyak pilihan biskut raya yang dijual di pasar-pasar malam dan bazar-bazar ramadhan.

Jika anda inginkan sedikit kelainan pada Hari Raya tahun ini, bolehlah anda menyediakan biskut raya anda sendiri pada tahun ini. Dapatlah anda berjimat sedikit dan dalam masa yang sama dapat mencuba resepi biskut suji yang akan kita kongsikan pada hari ini.

Resepi biskut suji ini telah dikongsikan oleh Habsah Ngah di laman sosial Facebook dan telah mendapat banyak perkongsian dan like. Mari kita lihat bagaimana untuk menyediakan biskut suji ini.

Resepi Biskut Suji

biskut suji
image via Facebook

Bahan – bahannya:

  • 2 cawan tepung gandum (diayak)
  • 1 cawan minyak sapi
  • 1 cawan gula halus
  • 1/2 cawan susu tepung
  • Paper cup secukupnya
  • Gula icing

Cara – cara penyediaanya:

  1. Satukan gula, minyak sapi dan pukul anja sehingga sebati.
  2. Masukkan tepung gandum dan tepung susu.
  3. Gaul rata sehingga doh menjadi lembut.
  4. Bentuk bulat-bulat dan msaukkan ke dalam paper cup.
  5. Susun di atas loyang.
  6. Bakar dalam 160C api atas bawah.
  7. Tunggu selama 20 minit / biskut sudah kelihatan sedikit merekah menandakan sudah masak.
  8. Sejukkan biskut suji dan tabur gula icing.
  9. Siap.

Resepi – resepi lain yang menarik:

Terdapat banyak lagi resepi yang telah kami kongsikan di sini. Jika anda berminat bolehlah klik pada pautan yang telah kami sediakan di bawah. Jangan lupa untuk kongsikan kepada rakan-rakan anda.

Penulis: Nur Dini Abd Aziz

Seorang mahasiswa universiti awam. Rajin berkongsi artikel lazimnya resepi di Bidadari.My

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.