Antara biskut yang menjadi kesukaan ramai tiap tahun tiap kali raya. Biskut semperit klasik ini memang sedap rangup dan cair di mulut puas di hati.

Tidak kira hari biasa mahupun raya, biskut semperit wajib ada di rumah. Teksturnya yang cair di mulut membuat anak-anak suka memakan biskut ini.

Semperit klasik guna marjerin Planta baru dapat rasa yang asli, gebu dan rangup. Senang saja buat biskut ini, mak boleh berkreativity jadikan biskut ini tampak cantik dan menarik.

Jom buat resepi biskut semperit klasik ala Leen Lynda‎ di laman Facebook. Sedap, rangup dan bikin ketagih berikut seperti di bawah ini.

Resepi Biskut Semperit Klasik

semperit klasik

Imej via Facebook

Bahan-bahan :

  • 2 cawan majerin Planta,
  • 1 ¼ cawan gula icing,
  • 1 biji kuning telur,
  • 2 cawan tepung kastard,
  • 2 cawan tepung jagung,
  • 1 cawan tepung gandum digoreng tanpa minyak,
  • ¼ cawan susu tepung,
  • 1 sudu teh vanilla.

Cara-cara :

  1. Mixer planta, gula dan kuning telur hingga kembang.
  2. Masukkan vanila, susu tepung, tepung jagung, kastard dan tepung gandum.
  3. Uli lembut supaya senang tekan dalam acuan.
  4. Bakar suhu 160°C selama 15-20 min.
  5. Siap.

Resepi Menarik Lain

Selain resepi biskut semperit klasik , kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami.  Jangan lupa like dan share resepi ini ya.

Penulis: Jejemiko

Jejemiko

Pelajar yang menyukai kartun dan muzik. Memiliki hobi menulis mendorong ia untuk berkarya dan berkongsi di Bidadari.my

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.